CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berjaya Bantah Injunksi, Puteri Sarah Bebas Cakap Kepada Media

25-5-2023 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1444| Komen: 6

Description: Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendapat kebebasan untuk terus memberikan kenyataan kepada pihak media apabila permohonan membantah injunksi dibuat suaminya, Syamsul Yusof diluluskan Mahkamah Tin ...
Permohonan membantah injunksi dibuat suaminya, Syamsul Yusof diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendapat kebebasan untuk terus memberikan kenyataan kepada pihak media.


Puteri Sarah selaku pemohon membuat bantahan itu menerusi peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Menurut Akberdin, injunksi itu dibuat untuk mencegah anak guamnya daripada membuat sebarang kenyataan terhadap mana-mana pihak atau platform media.

Foto: Kosmo

Katanya, difahamkan pihak peguam Syamsul membuat permohonan injunksi tersebut sebanyak dua kali iaitu pada 24 dan 25 April lalu dan ia berkuat kuasa pada 27 April sehingga 27 Mei ini.

“Hari ini, permohonan anak guam saya untuk membantah lanjutan injunksi Syamsul telah diluluskan hakim.

“Justeru pihak Shamsul perlu membuat permohonan injunksi itu semula,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.


Prosiding hari ini berlangsung di hadapan Hakim Abdul Halim Abdullah dengan Syamsul dan peguamnya diberikan kelonggaran untuk tidak hadir pada prosiding tersebut.

Menjelaskan lebih lanjut, Akberdin memaklumkan pihak peguam Syamsul ada membuat permohonan secara lisan kepada pihak mahkamah sebelum ini bagi melanjutkan injunksi tersebut, namun pihaknya membuat bantahan.

Tegas beliau, sebutan semula kes ini ditetapkan pada 8 Jun depan.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika ditemui pemberita memaklumkan kali terakhir dirinya membuat video mengulas isu membabitkan dirinya dan Syamsul adalah pada akhir Ramadhan lalu.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi isu ini membelenggu dirinya dan mahu fokus terhadap karier semula.

“Saya nak ke lokasi penggambaran drama Hijrah Jannah sebab ada babak yang membabitkan saya.

“Penggambaran babak itu sebentar sahaja kerana selepas itu saya perlu menghadiri Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini untuk kes penceraian saya,” ujarnya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-5-2023 09:07 AM
ok patla meroyan lagi
Quote Suchi 26-5-2023 09:11 AM
Rileks je dia takde nk amik cuti elok leh sambung2 kije pastu mai balik mahkamah.
Quote roti_banjir 26-5-2023 10:06 AM
Suchi replied at 26-5-2023 09:11 AM
Rileks je dia takde nk amik cuti elok leh sambung2 kije pastu mai balik mahkamah.

dia dah level "why bother".....

nih level move on sebenar. pedulik lar si samdol nak tarik tali ker, nak file apa pon, dah boleh bye-bye felicia kat samdol....

baik dia concentrate kerjaya, berlakon bebetul kumpul duit, enjoy happy2 ngan anak2.... klu si samdol culas tanggungjawab kat anak2 plak, dia boleh proceed file lagi kat mahkahmah....

support system dia pon kuat dan hebat..... untuk dia sampai ke tahap nih, orang sekeliling memang memainkan peranan utama....

tahniah PS!!
Quote asamfish 26-5-2023 11:05 AM
you go gal!
Quote ezyezyezy 27-5-2023 12:12 AM
roti_banjir replied at 26-5-2023 10:06 AM
dia dah level "why bother".....

nih level move on sebenar. pedulik lar si samdol nak tarik tali k ...

Setuju. Sol yg tak boleh move on, tu sebab lengah2 penceraian
Quote namieamuro 27-5-2023 12:46 AM
lah baru bace samdol berjaya. dipatahkan pulak kejayaan samdol begitu aje.

mmg perintah injunksi ni sebulan je ke limit? jenuh la nk kne renew tetiap bulan.

cptla ceraikan sarah samdol hoooi. tak penat ke ulang alik g court tu

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.046622 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top