Meskipun berdepan konflik rumah tangga, Puteri Sarah Liyana dan suami, Syamsul Yusof sangat bertolak ansur berhubung urusan anak-anak. Malah, mereka ada berhubung semasa Hari Raya Aidilfitri untuk menguruskan hal berkaitan anak-anak.
"Syamsul dapat beraya dengan anak-anak, tiada masalah. Dia ada hubungi saya untuk berjumpa dengan anak-anak dan mula beraya bersama mereka pada hari raya keempat sebab saya ada ‘shooting’. "Tiada langsung masalah yang timbul setiap kali melibatkan anak-anak kerana kami sangat fleksibel mengenai perkara itu," ujarnya dipetik dari OHBulan. Perkara itu dimaklumkan Sarah ketika sebutan pertama bagi kes injuksi yang difailkan Syamsul ke atasnya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi Khamis. Perintah injuksi itu difailkan untuk menghalang aktres berkenaan daripada mengeluarkan atau memberikan sebarang kenyataan di luar mahkamah pada 28 April lalu. - CARI
|
ADVERTISEMENT