PETALING JAYA – Tindakan individu memasang laser pada waktu malam dikecam kerana mengganggu juruterbang mengendalikan pesawat untuk mendarat. Ia pastinya boleh mengundang risiko bahaya keselamatan penumpang.
Seorang juruterbang berkongsi pengalamannya memalui akaun TikTok MrTurboProp dengan memuat naik video cahaya laser sewaktu terbang berdekatan sebuah perumahan. “Belakang Taman Elmina. Bro, jangan buat macam ni. Untuk pengetahuan anda, masa ‘landing’ malam lampu kokpit akan dimalapkan. Supaya kita boleh ‘adjust’ mata dengan kegelapan di luar. “Kalau ‘aim’ tepat kena mata, boleh silau. Boleh bahayakan keselamatan pesawat. Kalau ‘high powered laser’, terus buta kami,” katanya pada video tersebut. Perkongsian juruterbang itu mengundang pelbagai maklum balas daripada pengguna sekali gus mereka meminta tindakan diambil terhadap individu tersebut.
“Tak kena tangkap ke? Di luar negara, lepas kena suluh, dia orang dah tahu di mana. Terus polis angkut kurang daripada 10 minit. Di Malaysia tak tahulah,” kata Iera Stilinski. “Ni laser yang panjang macam batang pensil tu. Memang terang laser ni, dulu pernah beli. Kalau kena mata memang hijau terus rasa dunia,” ujar Mrkacang. “Kawasan berdekatan lapangan terbang ada peraturan kena patuh. Jangan sembarangan bakar, terbangkan atau apa-apa dan sebagainya. Moga Allah lindungi kita semua,” komen EPYU. – CARI Sumber: Kosmo
|
supernaturalee replied at 25-5-2023 12:33 PM
abg kelanajaya yg pilot tu cer komen sikit
is it true blh nmpk dan ganggu tumpuan
kelana36 replied at 31-10-2024 09:24 PM
Kelanajaya pulak dah.. hahaha.
Memang la, kalau dia suluh terus ke pesawat sahaaja pun, kami yan ...
Kurex replied at 31-10-2024 05:28 PM
pernah kena macam tu tak uols?
ifanonline replied at 31-10-2024 09:46 PM
budak keling mana punya kerja ni?
kelana36 replied at 31-10-2024 09:24 PM
Kelanajaya pulak dah.. hahaha.
Memang la, kalau dia suluh terus ke pesawat sahaaja pun, kami yan ...
ADVERTISEMENT