CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 431|Reply: 2

Individu Dikecam Pasang Laser Waktu Malam, Ganggu Pilot Dan Bahayakan Nyawa Penumpang

[Copy link]
Post time 25-5-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Tindakan individu memasang laser pada waktu malam dikecam kerana mengganggu juruterbang mengendalikan pesawat untuk mendarat.


Ia pastinya boleh mengundang risiko bahaya keselamatan penumpang.


Seorang juruterbang berkongsi pengalamannya memalui akaun TikTok MrTurboProp dengan memuat naik video cahaya laser sewaktu terbang berdekatan sebuah perumahan.










“Belakang Taman Elmina. Bro, jangan buat macam ni. Untuk pengetahuan anda, masa ‘landing’ malam lampu kokpit akan dimalapkan. Supaya kita boleh ‘adjust’ mata dengan kegelapan di luar.


“Kalau ‘aim’ tepat kena mata, boleh silau. Boleh bahayakan keselamatan pesawat. Kalau ‘high powered laser’, terus buta kami,” katanya pada video tersebut.


Perkongsian juruterbang itu mengundang pelbagai maklum balas daripada pengguna sekali gus mereka meminta tindakan diambil terhadap individu tersebut.






“Tak kena tangkap ke? Di luar negara, lepas kena suluh, dia orang dah tahu di mana. Terus polis angkut kurang daripada 10 minit. Di Malaysia tak tahulah,” kata Iera Stilinski.


“Ni laser yang panjang macam batang pensil tu. Memang terang laser ni, dulu pernah beli. Kalau kena mata memang hijau terus rasa dunia,” ujar Mrkacang.





“Kawasan berdekatan lapangan terbang ada peraturan kena patuh. Jangan sembarangan bakar, terbangkan atau apa-apa dan sebagainya. Moga Allah lindungi kita semua,” komen EPYU. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 04:33 PM | Show all posts
abg kelanajaya yg pilot tu cer komen sikit
is it true blh nmpk dan ganggu tumpuan


Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 08:17 AM | Show all posts
halaahh org mana tau. ko pilot mmg la ko tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047219 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list