Negara gempar dengan kes pembunuhan seorang wanita selepas mayatnya ditemukan terbakar di ladang kelapa sawit Sungai Besar. Suspek berusia 20 tahun didakwa membelasah, menoreh perut dan membakar mangsa hanya kerana tidak bersetuju menyembunyikan kehamilan hasil hubungan terlarang mereka.
Terbaharu muncul pula dakwaan bahawa suspek sudah bertunang tetapi mempunyai hubungan sulit dengan mangsa. Suspek dikatakan bertindak kejam dan mahu merahsiakan hubungan dengan mangsa kerana bakal berkahwin dengan wanita lain tak lama lagi. Bagaimanapun, 'wanita lain' yang dimaksudkan tampil berkata dia bukanlah tunang suspek seperti yang dihebahkan dan mereka masih dalam fasa bercinta.
Menerusi TikTok, gadis dikenali sebagai Eshaaa itu memuat naik rakaman video mempamerkan dia dan suspek berlatar belakangkan lagu sedih. Katanya dia memaafkan teman lelakinya itu dan berkata biarlah suspek dihukum selain meminta orang ramai menjadikan kes ini sebagai iktibar. "Walaupun betul sekali pun dia bersalah, biarlah dia terima hukuman. Nak taknak, kita kena telan juga. Untuk Aiman, terima kasih ya, aku dah maafkan semuanya.” -CARI
|
hareeeesah replied at 25-5-2023 12:15 PM
Dia sedar ke x masa buat? Potong perut org bkn benda biase kot…
ADVERTISEMENT