Kecoh dengan khabar kononnya Farahdhiya bakal melangsungkan majlis pertunangan dek kerana gambarnya di atas pelamin. Farahdhiya seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah menempah tempat pertunangannya.
Terkini, dia tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik perkongsian yang mengundang persoalan warganet di media sosial. Menurut Farahdhiya, foto yang dimut naik di Instagram (IG) tersebut diambil ketika dia menghadiri majlis pertunangan anak kepada penerbit, A Aida, baru-baru ini.
“Saya tumpang ambil gambar dekat pelamin anak dia. “Rasanya tiada masalah dan isu, dan saya cakap di IG saya bahawa tempat tunang telah ditempah. “Sebenarnya tempat itu adalah tempat Kak Aida sendiri, jadi dia cakap pada saya kalau saya nak kahwin atau tunang, bolehlah guna tempat dia, itu maksudnya,” jelas Farahdhiya.
Tambah Farahdhiya lagi, dia menyifatkan perkara tersebut tidak mempunyai isu langsung sebaliknya enggan melayan cakap-cakap netizen. “Ada juga yang berkata ‘eh peliknya, belum ada calon dah tempah tempat?’. “Eh suka hati kitalah, hidup kita kan, awak susah hati kenapa? Kita tempah awal-awal, kalau dah ada calon tak payah pening kepala.
“Tiada isu pun, kadang-kadang biasalah netizen, kalau melayan kita pun gila, kalau berfikiran positif, Alhamdulillah,” ujarnya. Terdahulu, Farahdhiya pernah memberitahu dirinya belum lagi mendirikan rumah tangga kerana 90 peratus lelaki yang mahu mendekati dirinya adalah suami orang. -CARI Sumber: XTRA
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|