CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 619|Reply: 5

Orang Pelik Belum Ada Calon Tapi Faradhiya Dan Tempah Tempat Tunang "Awak Susah Hati Kenapa? Kita Tempah Awal Tak Payah Pening Kepala."

[Copy link]
Post time 25-5-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode
Kecoh dengan khabar kononnya Farahdhiya bakal melangsungkan majlis pertunangan dek kerana gambarnya di atas pelamin.


Farahdhiya seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sudah menempah tempat pertunangannya.


Foto: IG




Terkini, dia tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik perkongsian yang mengundang persoalan warganet di media sosial.


Menurut Farahdhiya, foto yang dimut naik di Instagram (IG) tersebut diambil ketika dia menghadiri majlis pertunangan anak kepada penerbit, A Aida, baru-baru ini.




  



“Saya tumpang ambil gambar dekat pelamin anak dia.


“Rasanya tiada masalah dan isu, dan saya cakap di IG saya bahawa tempat tunang telah ditempah.


“Sebenarnya tempat itu adalah tempat Kak Aida sendiri, jadi dia cakap pada saya kalau saya nak kahwin atau tunang, bolehlah guna tempat dia, itu maksudnya,” jelas Farahdhiya.


  



Tambah Farahdhiya lagi, dia menyifatkan perkara tersebut tidak mempunyai isu langsung sebaliknya enggan melayan cakap-cakap netizen.


“Ada juga yang berkata ‘eh peliknya, belum ada calon dah tempah tempat?’.


“Eh suka hati kitalah, hidup kita kan, awak susah hati kenapa? Kita tempah awal-awal, kalau dah ada calon tak payah pening kepala.


  



  



“Tiada isu pun, kadang-kadang biasalah netizen, kalau melayan kita pun gila, kalau berfikiran positif, Alhamdulillah,” ujarnya.


Terdahulu, Farahdhiya pernah memberitahu dirinya belum lagi mendirikan rumah tangga kerana 90 peratus lelaki yang mahu mendekati dirinya adalah suami orang. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2023 12:22 PM | Show all posts
letak awal2 dlm caption gmbo tu aritu kan senang..ni dh ko sendiri letak caption mengundang
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2023 02:06 PM | Show all posts
rasanya orang ramai tahu dia ni ada someone yang bela kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 09:05 AM | Show all posts
ckp jela ada org bela ko nk kwen cmane cik kiah oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:51 AM | Show all posts
mujurlah aku bukan artis..buat caption camtu je pun org dah sibuk...nak bergurau pun susah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2023 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Venue tu bukanke villa tokda kat janda baik. Dia buat homestay. Ada duit bole je gi booking.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.063543 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list