Seorang suami tergamak menikam isterinya dengan pisau selepas wanita terbabit mengadu masalah rumah tangga yang dihadapi mereka kepada ketua kampung. Kompas.com melaporkan, suspek pada awalnya mengekori mangsa ke rumah penghulu di daerah Kalimantan Timur, Indonesia.
Dia kemudian bersembunyi di bahagian bawah rumah berkenaan untuk mencuri dengar perbualan antara isterinya dan penghulu. "Mangsa mengadu bahawa dia mahu melaporkan perbuatan suaminya kepada polis kerana sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga. "Mendengar aduan tersebut, suspek kemudiannya keluar dari tempat persembunyian dan berjumpa dengan isterinya sebelum menikam mangsa di perut, pinggang dan kaki," ujarnya. Tambahnya, susulan kejadian tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. Suspek kemudian ditahan dan dihantar kepada polis. -CARI
Sumber: mStar Kompas.com
|
ADVERTISEMENT