Seorang lelaki bersama rakan-rakannya yang pergi bermandi-manda di sebuah air terjun di Semenyih, Selangor tidak menyangka akan ditemukan dengan sosok misteri. Melalui satu video tular di TikTok, lelaki itu berkongsi beberpa keping gambar menunjukkan sosok asing di sebalik deruan air terjun.
"Paling seram pernah dilalui, masa mandi air terjun dengan member, tengah syok mandi tak perasan ada tetamu tak diundang ikut serta. "Apabila balik, malam tu baru perasan yang 'dia' ada ikut," kata lelaki itu. Lelaki itu mendakwa jembalang tersebut adalah hantu air yang bertapa di tempat itu. Bagaimanapun netizen hanya menganggap 'wajah' tersebut hanyalah ilusi optik dan ia sebenarnya adalah sebongkah batu. "Okay guys, itu batu, the end. "Itu batu la, kau ni pun, nak cari sangat ke benda-benda mistik ni," antara komen yang diterima.
Lelaki itu bagaimanapun yakin dengan apa yang ditemukan dan membentangkan hujah untuk mempertahankan dakwaannya. "Ini yang betul-betul ya, tak ada edit langsung, ini gambar asal. Kalau zoom tengok dekat pun boleh nampak muka, batang hidung dia. Itu memang muka. "Siapa yang ragu-ragu boleh pergi ke sana ambil video dan tag saya. Memang tak ada batu dalam arus air tu," kata lelaki itu yakin. Selain itu, warga maya yang mendakwa mempunyai penglihatan 'mata ketiga' mengatakan mereka melihat banyak 'kelibat' dalam gambar itu. "Ada banyak ekor dalam gambar ini, yang atas tu pun ada dua ekor. "Itulah orang dah cakap, kalau nak mandi dalam hutan, jangan berseronok sangat, jaga adab dan pertuturan, nanti mendapat. "Aku dah banyak kali mandi sini, setakat ini tak ada apa, cuma kena pandai jaga diri je," kata warga maya. Ada juga sempat berjenaka dengan kehadiran jembalang tersebut yang menimbulkan banyak tanda tanya. "Ini musim panas bang, sebab tu dia pun nak ikut berendam dan sejukkan badan. "Nampak muka dah pucat, dah lama sangat kot dia berendam. Suruh dia keluar cepat. "Itu member dia tengah tadah air dekat bawah air terjun, nak healing, sanggup kau panggil dia hantu, lupa member ke? "Macam tahu-tahu je nak ambil gambar, terus posing dekat situ ya hantu ni," ujar warga maya sinis. -CARI Sumber: mStar
|
ctaz replied at 25-5-2023 09:46 AM
sekali pandang utk konten...
2 kali pandang utk konten...
3 kali pandang utk konten...
iolss replied at 25-5-2023 12:27 PM
xnk ada jembalang bagai, g mandi kt kolam klcc nun
iolss replied at 25-5-2023 12:27 PM
xnk ada jembalang bagai, g mandi kt kolam klcc nun
ADVERTISEMENT