Alvin Chong, 32, mengakui ada jurang umur di antara dirinya dengan pelakon-pelakon yang lebih muda di mana dia tidak lagi mempunyai tenaga untuk berkongsi aktiviti-aktiviti di sosial media seperti mana di awal penglibatannya dalam industri.
“Ada rasa generation gap tu. Kalau masa start (berlakon) dulu, saya rajin up IG stories ataupun buat TikTok content tapi sekarang mereka (pelakon muda) yang gigih, saya pula yang macam dah malas dah,” ujarnya. Bercerita tentang jurang umur dengan barisan pelakon lain, dia lebih memilih untuk terus pulang ke rumah untuk berehat berbanding keluar melepak selepas selesai penggambaran. “Saya, Adriana dan Andi kalau lepas habis shoot, terus nak balik tidur sebab esok call time awal. Kalau mereka habis shooting terus tanya ‘nak lepak mana?’, so, nampak lah generasi yang berlainan tu.
|
ADVERTISEMENT