CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Julia Farhana Dah 4 Tahun On Off Bertudung, "Masa Shooting Buka, Dah Habis Kerja Pakai Balik"

24-5-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1456| Komen: 6

Julia Farhana sedang mencuba untuk istiqamah mengenakan imej berhijab sepenuhnya.

“Sebenarnya saya dah empat tahun lalu berhijab namun kadang kala terpaksa buka atas tuntuan kerja," katanya kepada Kosmo.


Foto: IG

Julia berkata dia tidak memakai tudung ketika sedang menjalani penggambaran, namun akan memakainya semula selepas selesai.

Bagaimanapun, Julia menafikan pemilihannya untuk tidak bertudung sepenuhnya akan menjejaskan punca pendapatan dan kariernya.



“Saya tidak bertudung sepenuhnya bukan risau mengenai karier kerana saya ada banyak punca pendapatan.

“Sebenarnya, orang tidak tahu saya sudah pakai hijab selama empat tahun secara ‘on-off’, cuma masih belum betul mengubah penampilan (sepenuhnya).

“Disebabkan masih belum bersedia untuk menukar imej, saya sering buka tudung apabila masuk set penggambaran dan pakai semula selepas bekerja.



“Namun, tahun ini saya tergerak hati untuk terus pakai dan mahu terus istiqamah."

Dia juga memaklumkan sedang berusaha untuk memperbaiki dalam menjaga auratnya.

“Meskipun sudah bertudung banyak lagi perkara saya tidak tahu dan saya masih dalam proses pembelajaran.




“Selepas bertudung, ada orang tegur saya bahawa kaki juga aurat dan saya baru tahu perkara tersebut.

“Saya akan tetap melakukan kesilapan dalam menutup aurat jadi beri saya masa untuk belajar menjadi lebih sempurna,” tambahnya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 25-5-2023 08:31 AM
kejap lagi cerai mmg off trus la kan dek????
Quote mamajawie 25-5-2023 11:07 AM
kiranya ex ketibas x gayah la sbab nk gak kawen dgn cikki kan??
Quote vanillaninja 25-5-2023 01:23 PM
Tak habis2 lagi ke statement sheols pasal tudung ni? Bukannya baru pakai kan? Dah2 la tu kot?
Quote dudaberhias 25-5-2023 01:30 PM
sukati la ko nak pakai ke tidak...

dosa peribadi masing2 kan... lagipun takde hukuman undang undang dalam islam yang boleh memaksa atau hukum manusia menutup aurat sebab tak semua manusia mampu menutup aurat... dan nak tegur pun ada caranya bukan cara bidaah nampak orang tegur gini2 siap sebut neraka bagai tup tup dia pun ikut lah... padahal following kat ig ke tiktok tu benda2 mungkar yang lagi dahsyat dari orang tak tutup aurat...

Quote jalfa 25-5-2023 01:43 PM
Syantiknya she..kalau x serai tu bethol la ketibas wat cite je pasal x laki dia
Quote SembangKari 25-5-2023 02:46 PM
Laki dia ni 5 tahun lagi jadi la Wong Fei Hung... Botak  tengah

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.165446 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top