CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penagih Mengamuk Jadikan Ibu Sebagai Tebusan Maut Ditembak Polis

24-5-2023 06:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1857| Komen: 43

Seorang lelaki mati ditembak selepas menjadikan ibunya sebagai ‘tebusan’, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mmengesahkan pihaknya enerima laporan pada pukul 10 pagi berhubung kejadian di sebuah rumah di Hutan Melintang di mana suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.



Gambar hiasan

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian sekitar pukul 11.30 malam untuk memberi bantuan ekoran suspek tiada di rumah pada waktu siang.

“Setibanya di lokasi, pihak polis telah memujuk suspek berusia 44 tahun untuk memberikan kerjasama namun dia enggan dan bertindak lebih agresif.

“Suspek mengugut untuk menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun dengan cara meletakkan parang di leher wanita itu sekali gus menuntut polis supaya beredar,” katanya dalam kenyataannya hari ini.


Menurut beliau, bimbang dengan keselamatan warga emas itu, pihak polis sedaya upaya memujuk suspek untuk bertenang namun dia memeluk ibunya sambil mengacukan parang dan gunting.

Katanya, pihak polis secara berhati-hati telah memotong pintu jeriji yang dikunci lelaki itu dari dalam dan berjaya masuk ke rumah namun tindakan itu telah disedari suspek.

“Suspek kemudian bertindak menolak ibunya hingga jatuh dan pengsan sebelum membaling kipas angin dan menghayun parang ke arah polis yang cuba menangkapnya.

“Atas faktor ancaman nyawa, satu das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek dan terkena di bahu kiri sebelum suspek rebah di atas lantai,” katanya.

Tambah beliau, suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.

“Berdasarkan siasatan, lelaki yang bekerja kampung itu memiliki dua rekod lampau bersabit kes dadah. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 24-5-2023 06:20 PM
awat tembak kt bahu kiri....boleh...meninggal???
Quote pooh~key 24-5-2023 06:38 PM
Skuau replied at 24-5-2023 06:20 PM
awat tembak kt bahu kiri....boleh...meninggal???

Awat bahu kiri tak ada saluran darah ke sissy sampai tak boleh berlakunya oendarahan yang akut, sissy?
Quote Skuau 24-5-2023 06:48 PM
pooh~key replied at 24-5-2023 06:38 PM
Awat bahu kiri tak ada saluran darah ke sissy sampai tak boleh berlakunya oendarahan yang akut, si ...

idok la terus meninggal camtu....
Quote sharlenetexas 24-5-2023 06:50 PM
Syukurlah.


Quote mamastoney 24-5-2023 06:53 PM
No sympathy for drug addicts. Penagih dadah ni baik mati je drp menyusahkan keluarga dan masyarakat
Quote mawardia 24-5-2023 06:53 PM
Kalau dah ajal. Tembak kat bahu pun boleh mati. Kalau dlm filem, tembak kat dada pun boleh hidup.
Quote emera 24-5-2023 08:22 PM
Kurang 1 bala. Eloknya buat mcm ni je. Settle terus.
Quote rikiruj 24-5-2023 08:27 PM
Mungkin dada kiri kot kena jantung tu yang gol terus.. tak nak kasi direct sangat tulis lah bahu kiri.
Quote fortiori13 24-5-2023 09:22 PM
mawardia replied at 24-5-2023 10:53 AM
Kalau dah ajal. Tembak kat bahu pun boleh mati. Kalau dlm filem, tembak kat dada pun boleh hidup.

Haha kan, kalau pilem Tamil, hero kena tembak 10 kali kat dada pun masih hidup...
Quote mawardia 24-5-2023 09:28 PM
fortiori13 replied at 24-5-2023 09:22 PM
Haha kan, kalau pilem Tamil, hero kena tembak 10 kali kat dada pun masih hidup...

...dan ada lagu tau!!
Quote midori888 24-5-2023 09:28 PM
Bagus lah mati sorang penagih dadah
Quote TOPwind 24-5-2023 09:33 PM
jika pak itam legam pasti polis kena sama juta2

loyer DAPig ramai bantu
Quote plywood 24-5-2023 09:46 PM
aku tetap bersimpati dengan kesilapan yang manusia buat sehingga dia melakukan sesuatu yang diluar batas tetapi aku juga mengerti tentang suatu perbuatan dan balasan serta akibat..  dengan hanya sedikit kesilapan pada mulanya tetapi akhirnya hidup menjadi tunggang langgang kerana akhirnya diri tidak sudah dikuasai oleh versi diri yang terbaik tetapi oleh diri yang sudah tak terkendalikan
Quote batu kikir 24-5-2023 09:47 PM
mawardia replied at 24-5-2023 06:53 PM
Kalau dah ajal. Tembak kat bahu pun boleh mati. Kalau dlm filem, tembak kat dada pun boleh hidup.

Kalau kau tengok filem Tamil...........Sivaji hero relax je tangkap peluru yang dilepaskan dari pistol ke, raifel ke
Quote sharlenetexas 24-5-2023 09:48 PM
plywood replied at 24-5-2023 09:46 PM
aku tetap bersimpati dengan kesilapan yang manusia buat sehingga dia melakukan sesuatu yang diluar b ...

Kalau dia rosak, rosak sorang2lah. Jgn libatkan orang lain yg tak bersalah.


Quote zamnie 24-5-2023 09:49 PM
Kesian mak dpt ank syaitonnn mcm ni..
Quote plywood 24-5-2023 09:53 PM
sharlenetexas replied at 24-5-2023 09:48 PM
Kalau dia rosak, rosak sorang2lah. Jgn libatkan orang lain yg tak bersalah.

iya betul. tp yang dah rosak tak boleh kena kawal, kadang boleh rosakkan orang lain juga

Quote cashewnut 24-5-2023 09:58 PM
Syabas inspektor sahab. Kurang sorang pembunuh mak bapak, pencuri getah sekerap, penyamun orang jalan kaki, perompak kecik@pembunuh bila tak dapat duit bila tengah ketagih dadih. Ini yang kita mahu. Lesap penagih dadih, lesap masalah malaysia sebagai transit dadih. Ada permintaan ada la penjualan.
Quote sukacactus 24-5-2023 10:47 PM
Kesian mak nya
Sampai pengsan2 ha

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.042695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top