View: 1867|Reply: 42
|
Penagih Mengamuk Jadikan Ibu Sebagai Tebusan Maut Ditembak Polis
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki mati ditembak selepas menjadikan ibunya sebagai ‘tebusan’, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mmengesahkan pihaknya enerima laporan pada pukul 10 pagi berhubung kejadian di sebuah rumah di Hutan Melintang di mana suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Gambar hiasan
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi kejadian sekitar pukul 11.30 malam untuk memberi bantuan ekoran suspek tiada di rumah pada waktu siang.
“Setibanya di lokasi, pihak polis telah memujuk suspek berusia 44 tahun untuk memberikan kerjasama namun dia enggan dan bertindak lebih agresif.
“Suspek mengugut untuk menetak dan mencederakan ibunya yang berusia 72 tahun dengan cara meletakkan parang di leher wanita itu sekali gus menuntut polis supaya beredar,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Menurut beliau, bimbang dengan keselamatan warga emas itu, pihak polis sedaya upaya memujuk suspek untuk bertenang namun dia memeluk ibunya sambil mengacukan parang dan gunting.
Katanya, pihak polis secara berhati-hati telah memotong pintu jeriji yang dikunci lelaki itu dari dalam dan berjaya masuk ke rumah namun tindakan itu telah disedari suspek.
“Suspek kemudian bertindak menolak ibunya hingga jatuh dan pengsan sebelum membaling kipas angin dan menghayun parang ke arah polis yang cuba menangkapnya.
“Atas faktor ancaman nyawa, satu das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek dan terkena di bahu kiri sebelum suspek rebah di atas lantai,” katanya.
Tambah beliau, suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat.
“Berdasarkan siasatan, lelaki yang bekerja kampung itu memiliki dua rekod lampau bersabit kes dadah. Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
awat tembak kt bahu kiri....boleh...meninggal??? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 24-5-2023 06:20 PM
awat tembak kt bahu kiri....boleh...meninggal???
Awat bahu kiri tak ada saluran darah ke sissy sampai tak boleh berlakunya oendarahan yang akut, sissy? |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 24-5-2023 06:38 PM
Awat bahu kiri tak ada saluran darah ke sissy sampai tak boleh berlakunya oendarahan yang akut, si ...
idok la terus meninggal camtu.... |
|
|
|
|
|
|
|
No sympathy for drug addicts. Penagih dadah ni baik mati je drp menyusahkan keluarga dan masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah ajal. Tembak kat bahu pun boleh mati. Kalau dlm filem, tembak kat dada pun boleh hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang 1 bala. Eloknya buat mcm ni je. Settle terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin dada kiri kot kena jantung tu yang gol terus.. tak nak kasi direct sangat tulis lah bahu kiri. |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 24-5-2023 10:53 AM
Kalau dah ajal. Tembak kat bahu pun boleh mati. Kalau dlm filem, tembak kat dada pun boleh hidup.
Haha kan, kalau pilem Tamil, hero kena tembak 10 kali kat dada pun masih hidup... |
|
|
|
|
|
|
|
fortiori13 replied at 24-5-2023 09:22 PM
Haha kan, kalau pilem Tamil, hero kena tembak 10 kali kat dada pun masih hidup...
...dan ada lagu tau!! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah mati sorang penagih dadah |
|
|
|
|
|
|
|
jika pak itam legam pasti polis kena sama juta2
loyer DAPig ramai bantu |
|
|
|
|
|
|
|
aku tetap bersimpati dengan kesilapan yang manusia buat sehingga dia melakukan sesuatu yang diluar batas tetapi aku juga mengerti tentang suatu perbuatan dan balasan serta akibat.. dengan hanya sedikit kesilapan pada mulanya tetapi akhirnya hidup menjadi tunggang langgang kerana akhirnya diri tidak sudah dikuasai oleh versi diri yang terbaik tetapi oleh diri yang sudah tak terkendalikan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau tengok filem Tamil...........Sivaji hero relax je tangkap peluru yang dilepaskan dari pistol ke, raifel ke
|
|
|
|
|
|
|
|
plywood replied at 24-5-2023 09:46 PM
aku tetap bersimpati dengan kesilapan yang manusia buat sehingga dia melakukan sesuatu yang diluar b ...
Kalau dia rosak, rosak sorang2lah. Jgn libatkan orang lain yg tak bersalah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mak dpt ank syaitonnn mcm ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
iya betul. tp yang dah rosak tak boleh kena kawal, kadang boleh rosakkan orang lain juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Syabas inspektor sahab. Kurang sorang pembunuh mak bapak, pencuri getah sekerap, penyamun orang jalan kaki, perompak kecik@pembunuh bila tak dapat duit bila tengah ketagih dadih. Ini yang kita mahu. Lesap penagih dadih, lesap masalah malaysia sebagai transit dadih. Ada permintaan ada la penjualan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mak nya
Sampai pengsan2 ha |
|
|
|
|
|
|
| |
|