Sebuah video memparkan Rita Rudaini sedang menyemak kerja sekolah yang dilakukan oleh anaknya, Rayyan menarik perhatian ramai. “Ayat Rayyan macam kureng," kata Rita. “Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?” “Mummy selalu cakap ayat tu,"jawab Rayyan. “Itu Mummy yang cakap, kenapa Rayyan suka ikut apa yang Mummy cakap,” tambah Rita. Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat anak beranak ini. Mereka juga pernah mengalami keadaan begitu kerana menulis ayat yang sering digunakan ketika di rumah.
|
Tudungpink replied at 23-5-2023 09:45 AM
Anak dia Rayyan ni muka baik n lembut je... Bijak pulak tu.. Hensem ... Semoga berjaya dunia akhirat ...
ADVERTISEMENT