CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2372|Reply: 12

[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!

[Copy link]
Post time 22-5-2023 05:01 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!




Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon jelita ini iaitu Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin menjadi perhatian ramai, apabila salah satu video yang dimuatnaik oleh Rita di laman TikTok miliknya telah menarik perhatian ramai Netizen yang menonton.

Jangan Tulis Apa Yang Mummy Selalu Sebut




Video berkenaan kini mencecah jumlah tontonan sebanyak, 1.7 juta, 85 ribu tanda suka dan 1 ribu jumlah komen. Di dalam video tersebut, di dapati Rita sedang menyemak kerja sekolah yang dilakukan oleh anaknya, Rayyan. Namun, yang menarik perhatian adalah apabila Rita membaca ayat yang dibina oleh Rayyan itu.

“Ayat Rayyan macam kureng”-kata Rita

“Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?”-tanya Rita

“Mummy selalu cakap ayat tu”-jawab Rayyan

“Itu Mummy yang cakap, kenapa Rayyan suka ikut apa yang Mummy cakap”-tambah Rita




Rata-rata di ruangan komen, netizen terhibur mengenai ayat tersebut. Ada juga diantara mereka yang komen mengenai, pernah mengalami keadaan begitu kerana menulis ayat yang sering digunakan ketika di rumah.


“Ingat masa kecik-kecik dulu, Ummi selalu sebut check gigi, bila buat ayat masa darjah 2 “Doktor sedang mengecheck gigi pesakit”-kata mereka


“Dekat rumah saya pun guna bahasa pasar bukan formal, anak jawab exam pun ikut apa mak dia cakap”-tambah mereka


“Dari cakap kat rumah la anak belajar”-ujar mereka


“Sebab tu cikgu risau, budak-budak utara buat karangan”-tulis mereka









Sumber:https://murai.my/2023/180110/vid ... kerja-sekolah-anak/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 05:43 PM | Show all posts
meskipun acik royani suka merempan dan masih tak boleh move on dengan ciknek yang hanya sebesar ibu jari...

iols tetap suka tengok bonding acik ritrud dengan anak2... takde la mengajar jenis nak hempuk menghempuk macma pengganas demi konten macam si jozan ngajar anak ngaji... sampai menangis2 budak tu lepastu di katanya acik2 porum dan netizen bagus didik anak2 begitu??? yihhhhh!


cumanya harap2 acik ritrud jelaskan la dekat anak tu pakai bahasa betul... ko duk kureng kulu kilir... ko hengat budak tu paham bahasa2 pasar ponen semua tu...

kalau nak pakai bahasa susah nak faham gitu baik takyah ber mama dengan anak2... panggil je anak tu nok... dan anak plak panggil ko nyah...

*ye nyah, dah nyah selalu kata rambut kalau sikat berterabur kan... jadi nok pun ikut la apa nyah kata... agittew nok!*

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
elok ye. peka dengan pelajaran anak anak. moga bahagia. moga berjaya jugak anak anak nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan kalau anak cikta buat karangan...pasti cikgu cikgu akan banned anak cikta dari guna huruf q dan g sbb overused..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Rita ni ada darah DKK ke? Lain betul rupa dia sekarang banding zaman dewi2 dulu.

Btw, anak2 Rita nampak sangat behaved. Acik suka tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 08:52 AM | Show all posts

Rayyan Salahkan Mommy Cakap Ayat Tak Betul, Ramai Berdekah Tengok Rita Rudaini Jadi Cikgu Semak Kerja Sekolah Anak

Sebuah video memparkan Rita Rudaini sedang menyemak kerja sekolah yang dilakukan oleh anaknya, Rayyan menarik perhatian ramai.


“Ayat Rayyan macam kureng," kata Rita.


Foto: IG




“Seorang perempuan sedang menyisir rambut dengan menggunakan sikat supaya rambutnya tidak berterabur, Rayyan apa itu terabur, cikgu pernah ajar ke ayat berterabur?”


“Mummy selalu cakap ayat tu,"jawab Rayyan.


“Itu Mummy yang cakap, kenapa Rayyan suka ikut apa yang Mummy cakap,” tambah Rita.





Di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat anak beranak ini.


Mereka juga pernah mengalami keadaan begitu kerana menulis ayat yang sering digunakan ketika di rumah.


  



“Ingat masa kecik-kecik dulu, Ummi selalu sebut check gigi, bila buat ayat masa darjah 2 “Doktor sedang mengecheck gigi pesakit," antara komen yang ditinggalkan.


“Dekat rumah saya pun guna bahasa pasar bukan formal, anak jawab exam pun ikut apa mak dia cakap”




  



“Dari cakap kat rumah la anak belajar”


“Sebab tu cikgu risau, budak-budak utara buat karangan." -CARI
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
So sweet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2023 09:43 AM | Show all posts
[VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Rita Rudaini Semak Kerja Sekolah Anak!
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5177470&extra=
Post time 22-5-2023 05:01 PM

dah ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia Rayyan ni muka baik n lembut je... Bijak pulak tu.. Hensem ... Semoga berjaya dunia akhirat Rayyan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:39 PM | Show all posts
rileks2 je hah rit rud pakai baju kelawar buat video..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:44 PM | Show all posts
Tudungpink replied at 23-5-2023 09:45 AM
Anak dia Rayyan ni muka baik n lembut je... Bijak pulak tu.. Hensem ... Semoga berjaya dunia akhirat ...

Meols prefer si adik
Rayyan ni muka doplopatjam macam nak nangis
Agaknya si RitRud dok sedih je masa mengandungkan dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa anak yg kurang kasih syg ayah atau ibu ni menjadi. Sbb terpksa menjadi dewasa oleh keadaan. Tgk anak rita dua2 baik n mendengar kata. Yg sulung nmpk sgt matang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:47 PM | Show all posts
lohh maknya ada hati nak gelakkan ayat anak
dia sendiri pun guna ayat tak betul


kureng, kureng. siap suruh tanya cikgu kureng tu apa. mana ada perkataan bahasa melayu kureng.
bila anak tanya, tak tau nak explain, suruh tanya cikgu pulak.

tah menda
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.107185 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list