CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Menangis Sebelum Tidur, Kim Kardashian Akui Tak Mudah Besarkan 4 Anak

23-5-2023 07:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 779| Komen: 8

Nampak glamor dan sentiasa ‘bersedia’ di depan kamera, ironinya Kim Kardashian juga menjalani kehidupan terutama sebagai seorang ibu seperti biasa.

Selebriti berpengaruh dunia, mogul bisnes dan bakal peguam yang terkenal menerusi program realiti televisyen ini mengaku berbanding semua pekerjaan tersebut, ‘kerjaya’ paling mencabar buatnya adalah menjadi seorang ibu.



IG

Kim mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, Kanye West. Mereka adalah North, Saint, Chicago dan Psalm.

Menurut Kim, membesarkan empat orang anak bukan sebuah tugas mudah.

“Ramai yang kata membesarkan anak terasa hari sangat panjang, namun tahun menjadi pendek dan saya setuju dengan itu terutama sewaktu mereka kecil.

“Ia sebuah cabaran yang besar namun menjadi pengalaman paling berharga,” katanya yang menjadi tetamu podcast On Purpose with Jay Shetty seperti dilaporkan CNN.



IG

Tambah Kim yang bercerai pada tahun lalu, meski kadang tidak bersedia dengan apa yang akan dilalui, namun seorang ibu tetap perlu mengharunginya.

“Ada masanya saya menangis sebelum tidur. Ada masa juga kita tidak bersedia dengan apa yang akan dilalui tapi anda akan mencari jalan bagaimana menyelesaikannya.

“Pada akhirnya ia akan membuat kita bangga kerana berjaya melalui hari yang sukar (membesarkan anak),” katanya lagi.

Meski mengakui tidak sukar menjadi seorang ibu dan membesarkan anak, namun Kim tidak mahu menukar ‘kerjaya’ tersebut dengan apapun yang ada di dunia.



“Ini memang sebuah pekerjaan yang rumit tapi paling berbaloi dijalani di planet ini,” katanya yakin.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 24-5-2023 06:24 AM
Kaya pun rase susah.. Imagine org mesken
Quote iolss 25-5-2023 05:16 PM
menangis pon ateh katil tilam rts2 ribu.... so? nk kesian ke cane ni
Quote Whatsofunnyth 25-5-2023 10:20 PM
Overr nauwww...

Bukan dia pun yg besarkan anak2 tu. Nanny tu la yg besarkan anak2
Quote hokeypokey 26-5-2023 11:48 AM
sape suh ko beranak ramai
Quote Sazreena 27-5-2023 02:38 AM
Hire je la nanny sorang satu..kata kayooo..
Quote alieyrina 28-5-2023 07:32 PM
Tak relevan lgsung kerisauan sheols tu..suruhla kanye jaga setengah
Quote greantea 29-5-2023 10:42 AM
poyo la. anak nanny sorg 1, masak pon ada chef, g sekolah pon ada driver. lg nak nangis2 konon penat. ape benda jek y dia buat?
Quote greantea 29-5-2023 10:42 AM
poyo la. anak nanny sorg 1, masak pon ada chef, g sekolah pon ada driver. lg nak nangis2 konon penat. ape benda jek y dia buat?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067767 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top