CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Sah Terima Laporan Pencemaran Gas Amonia

22-5-2023 06:51 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 163| Komen: 1

Shah Alam: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pencemaran bau disyaki gas amonia di dalam longkang di Jalan Sungai Rasau 32/24, Taman Berjaya, Seksyen 32, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan diterima daripada penduduk kawasan perumahan itu yang terhidu bau busuk dari longkang pada 9.30 malam.


Katanya, siasatan di lokasi kejadian bersama pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesan bau disyaki ammonia berpunca dari longkang berhampiran sebuah gudang tempat penyimpanan makanan sejuk beku.

Polis Sah Terima Laporan Pencemaran Gas Amonia


"Pihak pengurusan gudang memaklumkan mereka menjalankan kerja penyelenggaraan berkala seperti yang dijadualkan tetapi tidak menyedari terdapat takungan berlaku di sistem perparitan sehingga menyebabkan pencemaran bau.


"JBPM sudah mengalirkan air di dalam sistem perparitan gudang bagi mengurangkan bau sehingga bacaan di paras yang selamat.

"Setakat ini keadaan terkawal dan tiada pemindahan penduduk dilakukan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, jarak punca pelepasan bahan kimia itu ke takungan longkang adalah 300 meter.

Katanya, pihaknya menggunakan kaedah pencairan (dilute) bagi meneutralkan gas ammonia berkenaan dengan melepaskan air dari kilang bagi mengalirkan bahan kimia sehingga ke longkang besar.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 22-5-2023 06:54 PM
Mcm nak bgtau akan ada gangguan bekalan air?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:10 PM GMT+8 , Processed in 0.215323 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top