Sepasang suami isteri dari Jepara, Jawa Tengah didakwa membunuh bayi mereka yang baru berusia tiga bulan. Detik melaporkan, pasangan berkenaan bertindak mencampak bayi mereka ke dalam perigi yang memiliki kedalaman 20 meter.
Menurut Ketua Polis Jepara, Ahmad Masdar Tohari, pasangan tersebut berpura-pura terkejut kerana bayinya dikatakan tiba-tiba hilang. Selepas menerima laporan, pihak polis membuat operasi pencarian sehingga menjumpai mayat bayi di dalam perigi. Ibu bapa bayi tersebut akhirnya mengaku membuang bayi mereka kerana tidak tahan asyik menangis dan sering sakit. Difahamkan, si suami hanya bekerja sebagai buruh kasar dan si isteri merupakan suri rumah tangga sepenuhnya. Pasangan suami isteri yang berusia 44 dan 31 tahun itu memiliki dua cahaya mata lagi. Faktor ekonomi yang mencabar menjadi salah satu motif pembunuhan bayi tersebut. -CARI
|
ADVERTISEMENT