View: 555|Reply: 4
|
Tak Tahan Asyik Menangis Dan Selalu Sakit, Suami Isteri Campak Bayi Usia 3 Bulan Dalam Perigi
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri dari Jepara, Jawa Tengah didakwa membunuh bayi mereka yang baru berusia tiga bulan.
Detik melaporkan, pasangan berkenaan bertindak mencampak bayi mereka ke dalam perigi yang memiliki kedalaman 20 meter.
Menurut Ketua Polis Jepara, Ahmad Masdar Tohari, pasangan tersebut berpura-pura terkejut kerana bayinya dikatakan tiba-tiba hilang.
Foto: Detik
Selepas menerima laporan, pihak polis membuat operasi pencarian sehingga menjumpai mayat bayi di dalam perigi.
Ibu bapa bayi tersebut akhirnya mengaku membuang bayi mereka kerana tidak tahan asyik menangis dan sering sakit.
Difahamkan, si suami hanya bekerja sebagai buruh kasar dan si isteri merupakan suri rumah tangga sepenuhnya.
Pasangan suami isteri yang berusia 44 dan 31 tahun itu memiliki dua cahaya mata lagi. Faktor ekonomi yang mencabar menjadi salah satu motif pembunuhan bayi tersebut. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
psiko..
dah tau tak mampu physical, mental and financial, yang ko pergi buat anak tu dah kenapa setan?
potong je kalau tak mampu pakai kondom pon... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut buang punai tu awal awal kalau dah tahu tak mampu. Bukan buang bayi |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi la orang lain. Ramai yang nak agaknya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|