CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kali Kedua Saya 'Dimeninggalkan' Oleh Blog-Blog Sedih," Aaron Aziz Berang Difitnah Dah Meninggal Dunia

22-5-2023 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 845| Komen: 10

Datuk Aaron Aziz berang dengan laporan palsu sebuah blog yang menyatakan dirinya telah meninggal dunia pada Sabtu lalu.

Aaron kesal  terpaksa berhadapan fitnah buat kali ketiga dalam tempoh tidak sampai setahun.


Foto: Kosmo

“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.

“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini adalah satu jenaka?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.


Pada masa sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu bimbang sekiranya tajuk berita sebegitu menimbulkan kekeliruan sehingga mengganggu emosi anaknya yang berada di luar negara.

“Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” katanya lagi.

Pelakon KL Gangster itu memuat paparan dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk ‘Aaron sudah meninggal dunia’.



“Innalillah, khabar pilu daripada pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia,” demikian ayat paparan tersebut.

Terdahulu, pada September 2013 timbul laporan mendakwa Aaron meninggal dunia akitbat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji yang tersebar luas di internet.



Menurut laporan laman berlogo ‘Global Associated News’, aktor kelahiran Singapura ketika itu bercuti bersama keluarganya di Switzerland.

Difahamkan laman berkenaan terkenal dengan membuat laporan palsu kematian individu ternama termasuk Tiger Woods, Nicki Minaj, Jaden Smith, Adam Sandler dan Avril Lavigne.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 21-5-2023 07:08 PM
Hahaha kelakar nak kena jaga perasaan anak. Takkan anak xtahu bapak hidup atau mati?
Quote 3chanceno 21-5-2023 07:54 PM
Dah banyak bunyik pulak Haron nie sejak2 kena reject dgn samdol tu  dari tak nak bukak aib, kena reject, makan kway teow tambah  2x, nak jaga hati bini, tok usop offer berlakon blah    blah
Quote rosmahisham 21-5-2023 08:00 PM
Nk kekal relevan dlm industri la tu..
Quote CARI-MRO 22-5-2023 01:49 PM
Datuk Aaron Aziz berang dengan laporan palsu sebuah blog yang menyatakan dirinya telah meninggal dunia pada Sabtu lalu.


Aaron kesal  terpaksa berhadapan fitnah buat kali ketiga dalam tempoh tidak sampai setahun.


Foto: Kosmo




“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.


“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini adalah satu jenaka?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.


[ig]https://www.instagram.com/p/CsdHILbP0Ja/?hl=en[/ig]



Pada masa sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu bimbang sekiranya tajuk berita sebegitu menimbulkan kekeliruan sehingga mengganggu emosi anaknya yang berada di luar negara.


“Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” katanya lagi.


Pelakon KL Gangster itu memuat paparan dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk ‘Aaron sudah meninggal dunia’.




[ig]https://www.instagram.com/p/Csh0VxmtCHN/?hl=en[/ig]



“Innalillah, khabar pilu daripada pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia,” demikian ayat paparan tersebut.


Terdahulu, pada September 2013 timbul laporan mendakwa Aaron meninggal dunia akitbat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji yang tersebar luas di internet.




[ig]https://www.instagram.com/p/Crquw0DAAtm/?hl=en[/ig]



Menurut laporan laman berlogo ‘Global Associated News’, aktor kelahiran Singapura ketika itu bercuti bersama keluarganya di Switzerland.


Difahamkan laman berkenaan terkenal dengan membuat laporan palsu kematian individu ternama termasuk Tiger Woods, Nicki Minaj, Jaden Smith, Adam Sandler dan Avril Lavigne.  -CARI


Sumber: Kosmo
Quote rosedemon 22-5-2023 03:13 PM
kihkih knp marah bangnon
Quote LadyCarefree 22-5-2023 03:34 PM
mamat terpaling humble bragging.
Quote Raline 22-5-2023 03:54 PM
Di Fitnah Sudah Meninggal, Aaron Aziz Mohon Jaga Perasaan Anak-Anak Di luar Negara
https://bm.cari.com.my/forum.php ... =5177196&extra=

dah ada
Quote Burong_Hantuk 23-5-2023 03:23 PM
makin aku jijikkkkssss dgn si aaron nih...
Quote dudaberhias 23-5-2023 03:34 PM
Gigih la layan page2 yang buat clickbait untuk dapat duit harom tu...

Takkan la di zaman 2023 ni followers kau dan family kau bengap sangat tak boleh bertanya pada kau sendiri... Yihhhh!

Quote lasagna 23-5-2023 03:37 PM
fuhh dahsat ek, main mati2 plak.
sherammm pitenoh akhir zaman ni.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077376 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top