View: 818|Reply: 10
|
Di Fitnah Sudah Meninggal, Aaron Aziz Mohon Jaga Perasaan Anak-Anak Di luar Negara
[Copy link]
|
|
Hahaha kelakar nak kena jaga perasaan anak. Takkan anak xtahu bapak hidup atau mati? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak bunyik pulak Haron nie sejak2 kena reject dgn samdol tu dari tak nak bukak aib, kena reject, makan kway teow tambah 2x, nak jaga hati bini, tok usop offer berlakon blah blah |
|
|
|
|
|
|
|
Nk kekal relevan dlm industri la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Kali Kedua Saya 'Dimeninggalkan' Oleh Blog-Blog Sedih," Aaron Aziz Berang Difitnah Dah Meninggal Dunia
Datuk Aaron Aziz berang dengan laporan palsu sebuah blog yang menyatakan dirinya telah meninggal dunia pada Sabtu lalu.
Aaron kesal terpaksa berhadapan fitnah buat kali ketiga dalam tempoh tidak sampai setahun.
Foto: Kosmo
“Kalau tak baca betul-betul, nampak macam kali kedua saya ‘dimeninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini.
“Kali ketiga saya difitnah tahun ini. Apa masalah mereka? Adakah anda fikir ini adalah satu jenaka?” luahnya menerusi perkongsian di Instagram.
Pada masa sama, bapa kepada tiga cahaya mata itu bimbang sekiranya tajuk berita sebegitu menimbulkan kekeliruan sehingga mengganggu emosi anaknya yang berada di luar negara.
“Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolonglah fikir cara lain hendak promosi portal anda,” katanya lagi.
Pelakon KL Gangster itu memuat paparan dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk ‘Aaron sudah meninggal dunia’.
“Innalillah, khabar pilu daripada pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia,” demikian ayat paparan tersebut.
Terdahulu, pada September 2013 timbul laporan mendakwa Aaron meninggal dunia akitbat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji yang tersebar luas di internet.
Menurut laporan laman berlogo ‘Global Associated News’, aktor kelahiran Singapura ketika itu bercuti bersama keluarganya di Switzerland.
Difahamkan laman berkenaan terkenal dengan membuat laporan palsu kematian individu ternama termasuk Tiger Woods, Nicki Minaj, Jaden Smith, Adam Sandler dan Avril Lavigne. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
mamat terpaling humble bragging. |
|
|
|
|
|
|
|
makin aku jijikkkkssss dgn si aaron nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih la layan page2 yang buat clickbait untuk dapat duit harom tu...
Takkan la di zaman 2023 ni followers kau dan family kau bengap sangat tak boleh bertanya pada kau sendiri... Yihhhh!
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhh dahsat ek, main mati2 plak.
sherammm pitenoh akhir zaman ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|