CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Teracun' Pujukan Ejen, Wanita Akui Tersilap Beli Rumah Tanpa Modal..Sekarang ‘Sesak’ Bayar Komitmen

22-5-2023 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4367| Komen: 46

Tular hantaran seorang individu di laman Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia baru-baru ini yang berkongsi masalah dihadapinya gara-gara kesilapan menguruskan kewangan.

"Saya berusia awal 20an dan bekerja swasta. Gaji bersih RM3,000 manakala suami gaji bersih RM1,300. Anak berusia empat bulan menyusu badan dan juga susu formula.


"Saya tidak mampu beli rumah tapi saya terpaksa kerana tidak tahan lagi duduk dengan mentua selama dua tahun. Saya tiada simpanan. Jika nak menyewa rumah sekarang kena ada deposit dua atau tiga bulan sebelum.


Gambar hiasan

"Jadi saya fikir kalau beli rumah, ia adalah pilihan terbaik untuk saya keluar dari rumah mentua segera. Di mana ejen ketika itu kata tiada fee.

"Sekarang saya rasa terbeban sangat dengan komitmen yang ada. Saya menyesal tapi ejen kata tak boleh batal sebab pinjaman bank dah approved. Saya sedar silap saya," luahnya dalam hantaran berkenaan.


Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti itu, ketika ini komitmen bulanan yang perlu dilunaskan setiap bulan adalah sebanyak RM2,858.

Ia merangkumi komitmen untuk membayar rumah, kereta, bil telefon, internet dan lain-lain.

"Untuk rumah (RM243,000) adalah sebanyak RM1,200 untuk sewa, RM250 untuk insurans dan maintenance RM200.

"Kereta (beli masa tiada anak) RM678 sebulan. Ia adalah pinjaman sembilan tahun... sekarang masuk tahun kedua. Silap saya beli kereta idaman sebab sangka suami akan provide rumah.

"Unifi (saya hybrid working) RM137, braces RM150 yang dipasang masa tiada anak lagi, bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebanyak RM102, bil telefon RM41 dan hutang kawan RM100," hurainya.

Menurut wanita tersebut, buat masa ini, rancangan jangka pendeknya adalah untuk menukar kereta (downgrade) kepada yang lebih sesuai agar tidak terlalu terbeban dengan perbelanjaan.

"Saya merancang untuk downgrade kereta sekarang kepada Bezza atau Saga. Kereta sekarang loan dengan bank RM60,000. Saya jual dan mungkin ambil kereta lebih murah.

"Extra cash akan digunakan untuk langsai PTPTN dan buat yuran untuk Memorandum of Transfer (MOT) dan fee RM1,400 untuk rumah.

"Persoalan saya, adakah tindakan saya betul?" luahnya lagi sambil meminta nasihat daripada ahli grup Facebook tersebut.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan simpati kepada wanita berkenaan kerana dia menanggung perbelanjaan yang besar untuk keluarga hanya kerana berpendapatan tinggi daripada suami.

Namun ada juga yang turut memberi cadangan untuk wanita berkenaan mengurangkan bebanan komitmen yang ditanggungnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 22-5-2023 02:10 PM
Ko pakai H ke dekkkk..
Reja gaji 3k branak kecik lg lebey afdal pakai king.
Sekadar my doploh sen.
Quote MissVixen 22-5-2023 02:56 PM
Bagus lah budak ni sedar cepat dan fikirkan cara nak kurangkan belanja bulanan. Ada yang indenial masih berbelanja luar kemampuan dengan anak berderet. Pakai bmw, pakai mercedes tapi isi minyak rm10. Asap putih dah keluar dari ekzos, kena overhaul. Bayaran bulanan rumah tak bayar sampai bunga dah berjuta.
Kau berbelanja lebih2 ni nak buat apa? Nak pujian orang di media sosial? Bila harta kena lelong, sape jugak yang susah.. bukannya manusia yang kau nak pujian diorang tu nak tolong pon.
Quote Yoonggi 22-5-2023 03:02 PM
elok ler sedar kemampuan diri sblm terlmbt. gaji bersih rm4,300, komitmen 2,858. tu lom mkn, perbelanjaan baby lg.
Quote cattiecute 22-5-2023 03:54 PM
iols sendiri pakai axia loan 9 tahun
takda ragam axia tu
senang betul
just make sure service ikut time
itu pun service kat luar je
bukan perodua
alhamdulillah keta tak banyak ragam pun salah satu benda kita patut bersyukur
Quote kucingitam 22-5-2023 04:04 PM
tolonglah anak2 muda..jgn ikut rasa eksen sangat...
jangan jangan jangan beli kereta dgn loan 9 tahun atau full loan. kalau tak mampu kereta baru, beli kereta 2nd je. pedulikanlah apa org nak kata dgn kereta 2nd tu.. yg teruk membayarnya, kau, bukan mereka.
Quote MFR_IN 22-5-2023 04:14 PM
Yang laki tu buat apa ja? Tak da fikir nak tambah pendapatan?
Quote Nizleen86 22-5-2023 04:19 PM
Edited by Nizleen86 at 22-5-2023 04:20 PM

Dari saga atau bezza baik ko ambik axia g tu dulu dik. Rm34k+ bulanan ada la dlm rm430. Saga/bezza pun rega dah rm45k. Dpt la jimat seratus dua sebulan. Anak sorang dua pun okay lagi naik axia.
Anak2 muda baru dpt krja, nak bina hidup jgn la berangan nak pakai kereta idaman bagai. Ko mantapkan ekonomi dulu. Dah stabil baru pikir.
Akak ni sampai skrg blm dpt kereta idaman lagi haaa. Pakai la apa ada..kalau tak malam tido pun tak lena.
Quote chikumanis 22-5-2023 05:56 PM
boleh je batal loan tu kalau belum sign ap2 sbb baru je approved..bab keta tu ikut hati lah, kalau mampu,m bayar je, tak mampu, usah ditambah komitmen lagi. baru guna 2tahun, tak ada cash back dek
Quote azimodin 23-5-2023 11:11 AM
Masa awal2 kerja dulu aku insecure gak sebab member2 yg sama level bawak corolla, santa fe, honda ketam... aku bawak kereta tempatan. Tapi lepas dah 12 tahun kerja ni, aku dah xrasa teruja dengan kereta. Ni aku nak tukar kereta baru sebab kereta lama asyik keluar masuk workshop, susah untuk aku yg travel jauh untuk kerja.  Ingat nak beli axia atau bezza je.

Yg aku geram member2 selalu buat ayat "best la duduk rumah landed" ,"kau kaya, rumah atas tanah" sebab masing2 beli rumah condo kat tengah bandar. Aku duduk kat pinggir bandar, dah tentu2  rumah aku lagi murah.
Quote honeybee1802 23-5-2023 06:31 PM
Nak tak nak...awal ni dik...biat family planing la yer...kalo bertambah anak nak let go rumah pun payah tu coz mau kena penalty agaknua tu
Quote a4_paper 23-5-2023 11:53 PM
azimodin replied at 23-5-2023 11:11 AM
Masa awal2 kerja dulu aku insecure gak sebab member2 yg sama level bawak corolla, santa fe, honda ke ...

kereta ni excited dia mostly sebulan. lepastu start dh rasa boring.. start mempersoalkan kenapa amek kereta ni padahal myvi pon sampai gk destinasi hahahah.. aku bkn minat kereta sgt so macam ni la selalu prasaan dia.. tukar pon bersebab.. kereta yg paling best aku bwk kereta yg beli cash dan dah habis byr.. takde tanggungan ansuran ..

mmg best hidup..repair pon xbyk sbb kedai member2 je xkena pow sgt..hahaha..


Quote samperit 25-5-2023 09:02 PM
azimodin replied at 23-5-2023 11:11 AM
Masa awal2 kerja dulu aku insecure gak sebab member2 yg sama level bawak corolla, santa fe, honda ke ...

masa covid aritu iols beli kereta lpstu sekarang ni rasa mcm membazir pulak sbb turun rumah dah sampai office

tp nasib baik jugak lah kereta biasa2 je kalau beli yg mengikut nafsu mmg lagi rasa ralat
Quote az1516 26-5-2023 02:31 PM
MFR_IN replied at 22-5-2023 04:14 PM
Yang laki tu buat apa ja? Tak da fikir nak tambah pendapatan?

Laki tu selesa sbb duduk pun dgn mak kan....buat ape nak fikir...
Quote mawardia 27-5-2023 09:43 PM
Kesiannya u ols dik. Desperate sgt nak keluar dr rumah mertua smpai u beli rumah dik? Kalau u sabar sikit ikhtiar lain dpt la cari depo nak masuk rumah sewa. U beli rumah terus? Apekahhh yg u ols fikirkan dik.

And I ols jua tidak paham kenapa u sorang yg mencari dik? U yg perah otak fikir cmane nak cari duit. Husband ada buat ptime x?

Betul la yg u fikir tu... patut husband yg sediakan rumah! (Read: bkn menumpang rumah mak bapak dia ye!)

Kalau hutang piutang yg I sndiri cari pasal, contohnya credit cards swipe x hengat dunia pastu tercidukk, I ols rela bertanggungjwb sndiri. I'll do whatever it takes to clean the mess. Namun hutang rumah, kereta, utilities, patut share beban tu sebab sama2 pakai. In fact, patut laki u ols yg kena perah otak dan kerah keringat sediakan rumah utk bini dan anak. Kalau nk cari side income, haa sesama cari jugak sebab hidup sesama kan.

Pasni jgn tambah anak ye!
Quote bunnyj3lly 28-5-2023 06:00 PM
Semua saranan kt komen fesbuk salah. Yang betulnya... Sila mtk cerai dengan laki yang tak mampu nak provide benda asas untuk isteri dan anak. Dah ngko pulak kena pikir pasal stress duduk rumah mentua sampai dah beranak pun duduk rumah mentua. Memang silap langkah pun pi sign up loan rumah, beli kereta idaman tu. Takde duit deposit, KUMPUL. Bukan pi tala leher sembelih kt bank
Quote _blackbird 28-5-2023 06:37 PM
Thunderclouds replied at 22-5-2023 06:10 AM
Ko pakai H ke dekkkk..
Reja gaji 3k branak kecik lg lebey afdal pakai king.
Sekadar my doploh sen.

kalau tgk value kereta & komitment bulanan loan tu mmg dia ambil myvi pon. rasa nya myvi model 2020 1.5 fullspec 0 deposit ikat 9thn .
Quote _blackbird 28-5-2023 06:43 PM
ko ceraikan laki ko dik, cari laki baru yg double gaji ko. at least RM6000 nett. combine income korang jadi 9000 nett. rumah tak tergadai kereta pon tak perlu downgrade. thank me later
Quote VespaSilbe 29-5-2023 09:26 AM
Kalau sewa rumah belah selangor pun harga gini jgk.. yg kat Evo Mall ko dapat studio jah RM 1.3k sebulan
Quote matseh 29-5-2023 12:40 PM
Kesian juga. Yg ajen pulak satu hal, dia kira komisyen dia saja. Tapi kalau loan approved tu bank bagi score tinggi. Jadi dia di kira mampu beli rumah.
Suruh la laki buat extra income. Kena independent. Kalau x nak berubah, sampai anak 10 pun duduk dgn mertua. Nak jual kereta? Pakai 2 tahun, loan 9 tahun. Kena top up adalah. Utk settle loan tu.
Planning is important terutama pasangan2 muda. Kawin ni bagus. Umur 20-22 tahun dah kawin, kalau ada parents yg berada x ada masalah. Kalau parents pun cukup2 makan. Parents la pulak nak kena tanggung.

Jalan Penyelesaian nya buat extra income. Reduce belanja entertainment. Tak ruginya ada rumah sendiri.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.034237 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top