Kejadian tragis menimpa seorang wanita apabila dia bersama anak-anaknya diserang seekor zirafah ketika cuba melintasi kawasan semak di Kuleni Game Park. Kejadian ngeri itu menyebabkan seorang kanak-kanak maut manakala ibunya lumpuh.
Bercerita mengenai kejadian yang menyayat hati itu, Nicole Panos, 25, berkata, dia bersama anak-anak pada masa itu dalam perjalanan untuk bertemu dengan seorang pelajar. "Saya berhasrat tinggalkan anak-anak di bawah jagaan nenek mereka. "Semasa berjalan kaki meninggalkan rumah, kami melalui kawasan semak dan taman permainan kanak-kanak. "Saya melihat seekor zirafah jantan dan betina dari kejauhan, tetapi tidak kelihatan anaknya... mereka seolah-olah memerhati gerakan saya dan anak-anak," ujarnya. Tanpa diduga, seekor zirafah berlari laju dan menyerang dari belakang.
"Pada masa itu, Kaia dalam pelukan saya manakala Kayden berjalan di hadapan," ujarnya yang bekerja sebagai fasilitator marin serta mentor pelajar. Dia yang tidak sempat melarikan diri kemudiannya ditanduk haiwan berkenaan sebelum jatuh pengsan. Susulan serangan itu, anak lelakinya mengalami keretakan pada tengkorak tetapi berjaya melarikan diri. Malangnya, Kaia yang berusia setahun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan kepala traumatik. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT