View: 385|Reply: 5
|
Wanita Lumpuh, Anak Berusia Setahun Maut Diserang Zirafah
[Copy link]
|
|
Kejadian tragis menimpa seorang wanita apabila dia bersama anak-anaknya diserang seekor zirafah ketika cuba melintasi kawasan semak di Kuleni Game Park.
Kejadian ngeri itu menyebabkan seorang kanak-kanak maut manakala ibunya lumpuh.
The Sun
Bercerita mengenai kejadian yang menyayat hati itu, Nicole Panos, 25, berkata, dia bersama anak-anak pada masa itu dalam perjalanan untuk bertemu dengan seorang pelajar.
"Saya berhasrat tinggalkan anak-anak di bawah jagaan nenek mereka.
"Semasa berjalan kaki meninggalkan rumah, kami melalui kawasan semak dan taman permainan kanak-kanak.
"Saya melihat seekor zirafah jantan dan betina dari kejauhan, tetapi tidak kelihatan anaknya... mereka seolah-olah memerhati gerakan saya dan anak-anak," ujarnya.
Tanpa diduga, seekor zirafah berlari laju dan menyerang dari belakang.
"ada masa itu, Kaia dalam pelukan saya manakala Kayden berjalan di hadapan," ujarnya yang bekerja sebagai fasilitator marin serta mentor pelajar.
Dia yang tidak sempat melarikan diri kemudiannya ditanduk haiwan berkenaan sebelum jatuh pengsan.
Susulan serangan itu, anak lelakinya mengalami keretakan pada tengkorak tetapi berjaya melarikan diri.
Malangnya, Kaia yang berusia setahun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan kepala traumatik.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyooooo sedihnya... Terus meols gugel yach.
Dekat South Aprika rupanya. Kisah ni tragis, sbb baby tu passed away, and then park tu pegi bunuh giraffe tu
Lose-lose situation for both |
|
|
|
|
|
|
|
zirafah ni ganas juga rupanya ye..ingatkan spesis x menyerang |
|
|
|
|
|
|
|
ingtkn shaiton merasuk manusia jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan. Entah siapa yang salah. Tapi binatang takkan menyerang kalau tak rasa terancam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|