Ummi Nazeera tak anggap sebagai persaingan dan tak risau dengan pelakon baharu terutama di era media sosial ini. Sebaliknya dia lebih teruja melihat keberanian dan keyakinan pelakon-pelakon baharu dalam membawa sesuatu watak dan terbuka jika menerima kritikan.
“Mereka (pelakon baharu) sangat yakin dan berani. Mungkin kerana kebanyakkan mereka datang dari dunia media sosial. Tak macam zaman saya dulu. Kalau nak cakap pasal lakonan, biasalah. “Saya sendiri pun dulu kayu. Bila kita belajar daripada pengalaman, itu semua meningkatkan ilmu dan teknik lakonan. Saya sendiri masih beruru dengan pelakon-pelakon senior.
“Kita harus kenal watak terlebih dahulu. Dalami karakter dan watak itu untuk apa. Apa perjuangan watak tersebut. Dari situ, kita akan serasi dengan sesebuah watak yang dilakonkan,” katanya kepada Utusan. Kehadiran pelakon-pelakon baharu untuk membantu merancakkan lagi industri seni kerana baginya, dunia lakonan kekurangan pelakon.
“Kalau mereka bersungguh-sungguh mahu jadi pelakon, itu bukan satu masalah. Kita patut raikan dan bantu mereka, jika mereka mahu. Mereka bantu warnai industri seni kita.
“Cuma nasihat saya, jika mahu mengharumkan industri seni, beri yang terbaik apabila berkarya. Belajar dan terus belajar. Pergi kelas lakonan, berguru dengan mereka yang lebih hebat,” ujarnya. -CARI Sumber: Utusan
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|