CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 528|Reply: 5

Mengaku Pernah 'Kayu', Ummi Nazeera Suruh Pelakon-Pelakon Baharu Pergi Kelas Lakonan

[Copy link]
Post time 22-5-2023 10:28 AM | Show all posts |Read mode
Ummi Nazeera tak anggap sebagai persaingan dan tak risau dengan pelakon baharu terutama di era media sosial ini.


Sebaliknya dia lebih teruja melihat keberanian dan keyakinan pelakon-pelakon baharu dalam membawa sesuatu watak dan terbuka jika menerima kritikan.


Foto: IG




“Mereka (pelakon baharu) sangat yakin dan berani. Mungkin kerana kebanyakkan mereka datang dari dunia media sosial. Tak macam zaman saya dulu. Kalau nak cakap pasal lakonan, biasalah.


“Saya sendiri pun dulu kayu. Bila kita belajar daripada pengalaman, itu semua meningkatkan ilmu dan teknik lakonan. Saya sendiri masih beruru dengan pelakon-pelakon senior.




  



“Kita harus kenal watak terlebih dahulu. Dalami karakter dan watak itu untuk apa. Apa perjuangan watak tersebut. Dari situ, kita akan serasi dengan sesebuah watak yang dilakonkan,” katanya kepada Utusan.


Kehadiran pelakon-pelakon baharu untuk membantu merancakkan lagi industri seni kerana baginya, dunia lakonan kekurangan pelakon.


  



“Kalau mereka bersungguh-sungguh mahu jadi pelakon, itu bukan satu masalah. Kita patut raikan dan bantu mereka, jika mereka mahu. Mereka bantu warnai industri seni kita.




  



“Cuma nasihat saya, jika mahu mengharumkan industri seni, beri yang terbaik apabila berkarya. Belajar dan terus belajar. Pergi kelas lakonan, berguru dengan mereka yang lebih hebat,” ujarnya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 03:11 PM | Show all posts
lahhhhh sendunya ko umi g jaga laki jela ek
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 05:00 PM | Show all posts
herlokk nya laki dia


btw ummi dulu belajar berlakon dgn sape
lakonan sheols dlm nur kasih still 1 of the best performance by a newcomer actor

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama Nur kasih dulu, elok sahaja lakonan Ummi sebagai antagonis.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul... Banyakkan ke kelas lakonan... Even negara jiran pun banyak orang pergi kelas lakonan meskipun tak berlakon... Jadi tidak menjadi halangan untuk pelakon2 baru pun pergi training... Lakonan ummi nazeera ni dari dulu iols berkenan... Meskipun watak sama je tapi aura dia lain macam... Takde la macam retis asyik2 dapat watak sama tapi lakonan pun haus dan tak hidup macam bini hamster tu...

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2023 07:52 AM | Show all posts
supernaturalee: herlokk nya laki dia btw ummi dulu belajar berlakon dgn sapelakonan sheols dlm nur kasih still 1 of the best performance by a newcomer actor


laki dia okay2 la boleh nyaman mata nengok

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.346530 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list