“Alhamdulillah, kami (Bella dan Aliff) tak bergaduh ke apa.. sebenarnya kami sekeluarga banyak spend masa bersama." Jarang kongsi hal peribadi dan momen bersama keluarga di media sosial, Bella Astillah berkata, dia berbuat sedemikian kerana ingin ingin menjaga privasi keluarga.
Aktres dan penyanyi dengan nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, mengakui menerima banyak pesanan (DM) sampai menjadi dilema. “Kalau perasaan kami dah jarang berkongsi kebahagiaan di media sosial. Kalau dulu, ya memang saya selalu share. “Tapi bila jadi macam ni (jarang berkongsi), banyak pula orang DM tanya kenapa.. kita pula dalam dilema, kalau selalu post orang tak suka pula. “Tapi kalau ada special occasion macam hari lahir suami atau anak-anak, saya akan tetap berkongsi,” katanya kepada MH. Tambahnya, suaminya, Aliff Aziz, 32, juga sudah menunjukkan banyak perubahan positif malah sering meminta dia menemaninya ke set penggambaran sekiranya mempunyai kelapangan.
“Aliff pun banyak perubahan yang sangat-sangat bagus. Alhamdulillah semoga berkekalanlah macam itu. “Dia pun ada ajak pergi bercuti, malah dengan anak-anak pun dia sangat rapat. “Kalau dekat set penggambaran, Aliff akan video call, kadang-kadang dia suruh datang set tapi saya pula busy,” katanya lagi. Pada hujung tahun lalu, Bella mendedahkan dia dan suami menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita. Bella menyatakan sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya musnah. Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun. Sumber: Media Hiburan
|
dewi_rina replied at 22-5-2023 11:07 AM
Alhamdulillah alip dah berubah, ko tu yg makin terpesong bella.. pakai baju nampak bahu tetap nampak ...
brunesss replied at 22-5-2023 05:19 AM
hahahahaha ini paling win cos i pun terpikir benda yang sama, tray hard nak nampak santik.. masaal ...
brunesss replied at 22-5-2023 01:19 PM
hahahahaha ini paling win cos i pun terpikir benda yang sama, tray hard nak nampak santik.. masaal ...
LadyCarefree replied at 22-5-2023 06:26 PM
Laki tengah kerja, sibuk video call. Masuk set pun bini nak ikut. Apo? Tak professional langsung dik ...
ADVERTISEMENT