CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 888|Reply: 17

'Alhamdulillah Aliff Banyak Berubah, Semoga Berkekalan' - Bella Astillah Tak Gaduh Dengan Suami

[Copy link]
Post time 22-5-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode
“Alhamdulillah, kami (Bella dan Aliff) tak bergaduh ke apa.. sebenarnya kami sekeluarga banyak spend masa bersama."


Jarang kongsi hal peribadi dan momen bersama keluarga di media sosial, Bella Astillah berkata, dia berbuat sedemikian kerana ingin ingin menjaga privasi keluarga.




IG




Aktres dan penyanyi dengan nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, mengakui menerima banyak pesanan (DM) sampai menjadi dilema.


“Kalau perasaan kami dah jarang berkongsi kebahagiaan di media sosial. Kalau dulu, ya memang saya selalu share.


“Tapi bila jadi macam ni (jarang berkongsi), banyak pula orang DM tanya kenapa.. kita pula dalam dilema, kalau selalu post orang tak suka pula.


“Tapi kalau ada special occasion macam hari lahir suami atau anak-anak, saya akan tetap berkongsi,” katanya kepada MH.


Tambahnya, suaminya, Aliff Aziz, 32, juga sudah menunjukkan banyak perubahan positif malah sering meminta dia menemaninya ke set penggambaran sekiranya mempunyai kelapangan.


“Aliff pun banyak perubahan yang sangat-sangat bagus. Alhamdulillah semoga berkekalanlah macam itu.


“Dia pun ada ajak pergi bercuti, malah dengan anak-anak pun dia sangat rapat.


“Kalau dekat set penggambaran, Aliff akan video call, kadang-kadang dia suruh datang set tapi saya pula busy,” katanya lagi.




IG




Pada hujung tahun lalu, Bella mendedahkan dia dan suami menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita.


Bella menyatakan sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya musnah.


Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.




Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 10:24 AM | Show all posts
Sendiri up kate berantakan, sendiri jawab kami okay.
Sian ko ni
Lapar perhatian
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 10:30 AM | Show all posts
berapa kali dh mau recycle script yang sama?

~~yawnnnnnnn~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 10:40 AM | Show all posts
dpt tawaran berlakon dgn heroin lawo nnti naik balik la miang dia
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 11:07 AM | Show all posts
Alhamdulillah alip dah berubah, ko tu yg makin terpesong bella.. pakai baju nampak bahu tetap nampak mcm pilipin jual ikan kat kundasang tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 11:19 AM | Show all posts
k, next ????!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2023 01:19 PM | Show all posts
dewi_rina replied at 22-5-2023 11:07 AM
Alhamdulillah alip dah berubah, ko tu yg makin terpesong bella.. pakai baju nampak bahu tetap nampak ...

hahahahaha ini paling win cos i pun terpikir benda yang sama, tray hard nak nampak santik.. masaalahnya ko santik ke bella? pasal tu laki ko kalau nampak perempuan santik terus turn on suis gatal dia. hadap lah, jangan esok2 ko meroyan lagi jadi konten forum ni sudahh
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmkay.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 01:41 PM | Show all posts
brunesss replied at 22-5-2023 05:19 AM
hahahahaha ini paling win cos i pun terpikir benda yang sama, tray hard nak nampak santik.. masaal ...

Tengok video dia catwalk, astaga abis lawa lah tu.. gedik gila org lain elok je , dia over betul eh skrgSbb ramai penyokong?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
brunesss replied at 22-5-2023 01:19 PM
hahahahaha ini paling win cos i pun terpikir benda yang sama, tray hard nak nampak santik.. masaal ...

Haruslah fefeeling syantik walaupon. Tengoklah list skandal laki sheols sapa, stok² model body mantop. Sheols pulak rendang tak berbuah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki tengah kerja, sibuk video call. Masuk set pun bini nak ikut. Apo? Tak professional langsung dikatanya perubahan yg bagus?

Siapa heroin dia now? xsabar drama penyondolan. Cepatlah start.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 10:35 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 22-5-2023 06:26 PM
Laki tengah kerja, sibuk video call. Masuk set pun bini nak ikut. Apo? Tak professional langsung dik ...

I rasa takde sape teringin nak berlakon dgn laki dia, kang bini dia cari hal lagi.. produser pulak taknak ambik bini dia jadi heroin, sbb tak sesuai
Muka dalam tv kelam sgt, lain betul dgn muka yg selalu dipaparkan
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mgikut dr statement bella sendiri dah berapa kali dah alif tu berubah bella oiiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 12:44 PM | Show all posts
boleh xkita block cerita dia nih drp cari nih..............berbulu sgt membacanya punn
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 02:54 PM | Show all posts
kapel sampah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 03:32 PM | Show all posts
samping aliff pakai tu cantek, ok itu jer nk komen, k bye!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah bini pandai cari duit
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki Miang ni tak akan berubah sekelip mata. Ni senyap sekejap je, sebab aritu dah kecoh 1 Malaysia kan. Nanti tak lama lagi ada la kes baru. Kesian kau Bella 24/7 rasa insecure takut laki kena sondol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058843 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list