CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelawar Mampu ‘Selamatkan’ Manusia Dalam Pandemik Baharu – Pakar

21-5-2023 09:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 293| Komen: 9

Dublin, Ireland – Seorang pakar mendakwa bahawa kelawar ‘kebal Covid’ berpotensi menjadi ‘kunci’ untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia sekiranya tercetusnya wabak baharu, lapor akhbar Daily Star semalam. 


Apabila pandemik Covid-19 menular pada Mac 2020, segelintir pakar menganggap virus itu berasal dari sebuah makmal China atau kelawar yang dijual di pasar Wuhan.

Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti College Dublin, Emma Teeling berkata, kelawar berpotensi ‘mengajar manusia banyak perkara mengenai cara melawan penyakit’.

Teeling mendakwa kelawar menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya. - Getty Images/500px

“Kelawar ladam dari Benua Asia dianggap punca asal virus itu sebelum berkembang menjadi Sars-CoV-2. Ia bermutasi apabila menjangkiti spesies mamalia pertengahan.

“Apabila haiwan-haiwan lain dijangkiti virus itu di pasar, virus asal bertukar menjadi agen yang boleh merebak melalui manusia dan mencetuskan wabak Covid-19,” katanya.


Menurut Teeling, timbul persoalan bagaimana kelawar sendiri tidak dijangkiti penyakit tersebut dan dakwanya, perkara itu disebabkan oleh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu.

“Sepanjang tempoh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu, kelawar memodulasi sistem imun supaya tindak balasnya menjadi lemah.

“Akibatnya, ia boleh menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya,” tambahnya.

Teeling mendakwa kelawar tidak menularkan Covid-19 kepada manusia, sebaliknya manusia yang mengganggu kehidupan haiwan itu.

Dia turut memberi amaran bahawa manusia perlu bersedia untuk satu lagi wabak dan kajian terhadap sistem imun kelawar merupakan satu kaedah utama untuk berdepan dengan wabak itu. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batu kikir 21-5-2023 09:54 PM
Setiap ciptaan Tuhan tiada yg sia2.
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2023 10:01 PM
Jomlah kita makan kelawar Wuhan lagi sekali
Quote B40tastePosh 21-5-2023 10:14 PM
Dulu salahkan Kelawar...sekarang Kelawar penyelamat dari Virus kobid.

Macam pantek perangai
Quote antikorok 21-5-2023 10:41 PM
Sesi penyucian virus Wuhan gaytohhhh, sama jugek penyucian air soci terpaling raja segala Aefi puaka tuh
Quote sharlenetexas 21-5-2023 10:42 PM
Acara penyucian?
Lepas ni nak salahkan binatang dan mikroorganisma yang mana pulak?


Quote exclusive_vvip 21-5-2023 10:43 PM
jutaan kelawar sudah mampu tersenyum sinis
Quote zarulnazmi 22-5-2023 08:35 AM
guna kelawar. lepas tu ada yang jadi macam Morbius.
Quote lo_la 22-5-2023 09:39 AM
The irony
Quote pokokmeranti 22-5-2023 09:44 AM
ramai yg tak suka kelawar, tahu kah tuan/puan ada kes di Malaysia bermusim durian tak berbuah, setelah membuat kajian ianya berpunca dari hijrahnya kelawar dari gua yg didiami disebabkan aktiviti manusia yg letupkan bukit utk dapatkan sumber semulajadi.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.115349 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top