View: 278|Reply: 9
|
Kelawar Mampu ‘Selamatkan’ Manusia Dalam Pandemik Baharu – Pakar
[Copy link]
|
|
Dublin, Ireland – Seorang pakar mendakwa bahawa kelawar ‘kebal Covid’ berpotensi menjadi ‘kunci’ untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia sekiranya tercetusnya wabak baharu, lapor akhbar Daily Star semalam.
Apabila pandemik Covid-19 menular pada Mac 2020, segelintir pakar menganggap virus itu berasal dari sebuah makmal China atau kelawar yang dijual di pasar Wuhan.
Bagaimanapun, penyelidik dari Universiti College Dublin, Emma Teeling berkata, kelawar berpotensi ‘mengajar manusia banyak perkara mengenai cara melawan penyakit’.
Teeling mendakwa kelawar menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya. - Getty Images/500px
“Kelawar ladam dari Benua Asia dianggap punca asal virus itu sebelum berkembang menjadi Sars-CoV-2. Ia bermutasi apabila menjangkiti spesies mamalia pertengahan.
“Apabila haiwan-haiwan lain dijangkiti virus itu di pasar, virus asal bertukar menjadi agen yang boleh merebak melalui manusia dan mencetuskan wabak Covid-19,” katanya.
Menurut Teeling, timbul persoalan bagaimana kelawar sendiri tidak dijangkiti penyakit tersebut dan dakwanya, perkara itu disebabkan oleh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu.
“Sepanjang tempoh evolusi sekitar 80 juta tahun lalu, kelawar memodulasi sistem imun supaya tindak balasnya menjadi lemah.
“Akibatnya, ia boleh menjadi pembawa virus tanpa mengalami reaksi berbahaya,” tambahnya.
Teeling mendakwa kelawar tidak menularkan Covid-19 kepada manusia, sebaliknya manusia yang mengganggu kehidupan haiwan itu.
Dia turut memberi amaran bahawa manusia perlu bersedia untuk satu lagi wabak dan kajian terhadap sistem imun kelawar merupakan satu kaedah utama untuk berdepan dengan wabak itu.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap ciptaan Tuhan tiada yg sia2. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu salahkan Kelawar...sekarang Kelawar penyelamat dari Virus kobid.
Macam pantek perangai |
|
|
|
|
|
|
|
Sesi penyucian virus Wuhan gaytohhhh, sama jugek penyucian air soci terpaling raja segala Aefi puaka tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Acara penyucian?
Lepas ni nak salahkan binatang dan mikroorganisma yang mana pulak?
|
|
|
|
|
|
|
|
jutaan kelawar sudah mampu tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
guna kelawar. lepas tu ada yang jadi macam Morbius. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai yg tak suka kelawar, tahu kah tuan/puan ada kes di Malaysia bermusim durian tak berbuah, setelah membuat kajian ianya berpunca dari hijrahnya kelawar dari gua yg didiami disebabkan aktiviti manusia yg letupkan bukit utk dapatkan sumber semulajadi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|