Pelakon Meerqeen berpendapat tindakannya bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot di sebuah acara di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini bukan satu perkara yang perlu dipertikaikan ramai.
Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menegaskan dia bergambar bersama bintang filem Wonder Woman itu atas dasar portfolio mereka berdua sebagai pelakon. “Saya rasa okey sahaja perkongsian itu. “Bergambar dengan Gal Gadot bukan sebab dia rakyat Israel tetapi kerana kami sama-sama bekerja sebagai pelakon,” katanya kepada media pada majlis rumah terbuka Civicas Network x Meerqeen di sini, baru-baru ini. “Walaupun bergambar bersama, tidak bermakna saya menyokong apa yang dilakukannya (pro-Israel). “Saya suka dia sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa perlu lepaskan peluang sebegitu,” jelasnya.
|
dudaberhias replied at 20-5-2023 02:19 PM
acik2 non liberal bidaah acah2 terpaling benci israel...
dia sekadar ambil gambar je kot bukan menu ...
Kancilkering replied at 20-5-2023 08:49 PM
nak ckp sket fast x …last scene minah ni wujud balik….
ntah apa apa jeh
ladybugz replied at 20-5-2023 08:45 PM
i dont know somehow rasa mcm insensitive pulak tgh puak israel duk rai duk mengutuk nabi muhammad sa ...
heythere123 replied at 21-5-2023 08:22 PM
heols memang tak cerdik so nak pelik apa.
Macam yang forumer atas tu suggest la, baik la keep the ...
SalenaGomez replied at 21-5-2023 08:26 PM
Haaa baru nak bgtau juga…dia ex army israel ya…kat situ pon mmg patut kita menyampah dgn dia…ka ...
ADVERTISEMENT