CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3052|Reply: 33

Tak Perlu Jadi Pertikaian, Bergambar Dengan Gal Gadot Bukan Sebab Dia Rakyat Israel - Meerqeen

[Copy link]
Post time 20-5-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Meerqeen berpendapat tindakannya bergambar dengan aktres kelahiran Israel, Gal Gadot di sebuah acara di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini bukan satu perkara yang perlu dipertikaikan ramai.


Meerqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menegaskan dia bergambar bersama bintang filem Wonder Woman itu atas dasar portfolio mereka berdua sebagai pelakon.






“Saya rasa okey sahaja perkongsian itu.


“Bergambar dengan Gal Gadot bukan sebab dia rakyat Israel tetapi kerana kami sama-sama bekerja sebagai pelakon,” katanya kepada media pada majlis rumah terbuka Civicas Network x Meerqeen di sini, baru-baru ini.


“Walaupun bergambar bersama, tidak bermakna saya menyokong apa yang dilakukannya (pro-Israel).


“Saya suka dia sebagai seorang pelakon. Jadi mengapa perlu lepaskan peluang sebegitu,” jelasnya.


  



Dalam pada itu, dia berpendapat individu yang mengecamnya akan melakukan perkara sama sekiranya bertemu dengan pelakon kesukaan tanpa memikirkan hal negatif lain.


“Sekiranya mereka yang mengecam saya pun, jika bertemu dengan Gal Gadot pasti akan bergambar bersama juga.


“Jadi apa bezanya?” ujarnya yang popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus.


  



Pada 28 April lalu, bekas finalis Hero Remaja 2020 itu dihujani dengan kecamna dan dilabel sebagai tidak sensitif selepas memuat naik foto bersama Gal Gadot di sebuah acara perasmian kedai barangan kemas berjenama mewah di New York.


Selain Meerqeen, aktres, Zahirah MacWilson yang menghadiri acara sama dan turut bergambar dengan Gal Gadot juga menerima kecaman daripada netizen.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasala ummah meleis. Ko up gambar dengan batu pun jadi pertikaian juga. So abaikan saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape merqeen nmpak so so je sebelah gal gadot
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 02:19 PM | Show all posts
acik2 non liberal bidaah acah2 terpaling benci israel...

dia sekadar ambil gambar je kot bukan menunjukkan tanda sokongan terhadap israel...

masalahnyaaa kemain la acik2 tu kulu kilir duk jadi cybertroopers nak attack orang2 israel sampai yang takde kena mengena pun di attack sama... alih2 kena serangan cyber dek israel sampai lrt terhempas... terus senyap sunyi...

korang hengat theyols takde ke teknologi canggih boleh hempaskan pesawat... bagi lrt malaysia ni berlanggar sesama sendiri... silap2 korang yang kojol dalam tu mati katak...

bila takde masalah jangan cari masalah... bukan korang boleh bagi bantuan kat palestin pun masalahnya kalau sekadar pakai jari... kaka kurang2 derma jugak yach kat mercy...

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Macik pacik bawang terrpaling isley dengki letteww..
Jgn kata p amarika bselisih ngn gal gadot,silap² sabah sarawak pn xpenah jejak lg.
Loserrr
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-5-2023 02:19 PM
acik2 non liberal bidaah acah2 terpaling benci israel...

dia sekadar ambil gambar je kot bukan menu ...

Ko jgn xtau,  nurtizen Malaysia ni pergi komen makaw ijau dekat page related to Israel pun dh kata dorg koyak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila acik acik kepam otak tidak berhubung cmtuh laaa… anyway heols ke obersea terus x nmpk mcm bintang yeee… nmpk mcm fan ummah marhaen nk bergmbr ngn gal gadotttt
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak minat merqeen.
Tengok dia berlakon dalam asy & aisy je.
So-so.
Tu pun sebab jalan citer tu ala² korea, boleh berhubung dengan roh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
gambar dgn godot tu muka hang mcm muka nas-t sikit
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takajut aiol muka plain mekap GG macam Jana Nik ja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kisah la isroel ke apa ke..yg penting bukan annafakejobling yg terpilih pi ke NY sana ms tu
Sib baik organizer pilih Zahirah McWilson dan Merqeen
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
i dont know somehow rasa mcm insensitive pulak tgh puak israel duk rai duk mengutuk nabi muhammad saw di jerusalem duk aktif buat serangan. kalau nk take pictures as personal archive takde masalah. tp
waktu2 mcm ni, mcm seolah kurang berpengetahuan pula dgn perkembangan dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
nak ckp sket fast x …last scene minah ni wujud balik….
ntah apa apa jeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak macam peminat je duk sebelah gal Gadot.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2023 10:24 PM | Show all posts
Kancilkering replied at 20-5-2023 08:49 PM
nak ckp sket fast x …last scene minah ni wujud balik….
ntah apa apa jeh

khen... tapi fast and furious sejak no. 4 tu memang dah ke laut dari citer asal dia dari yang fast and furious 1, 2 fast 2 furious...
hujung2 jadi filem aksi... racingnya takde... apoooooo...




Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
heols memang tak cerdik so nak pelik apa.

Macam yang forumer atas tu suggest la, baik la keep the pic for personal purpose.

btw gal gadot bukan sekadar warga israel, sheols ex military kot. Of course la sedikit sebanyak terlibat jugak dengan the invasion of palestine
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2023 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ladybugz replied at 20-5-2023 08:45 PM
i dont know somehow rasa mcm insensitive pulak tgh puak israel duk rai duk mengutuk nabi muhammad sa ...

ye heols memang takde awareness rasanya pasal world/social issues. Same goes to others yang backup heols.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 21-5-2023 08:22 PM
heols memang tak cerdik so nak pelik apa.

Macam yang forumer atas tu suggest la, baik la keep the  ...

Haaa baru nak bgtau juga…dia ex army israel ya…kat situ pon mmg patut kita menyampah dgn dia…kalau dah jadi army israel, dah tentu dia benci palestin n islam indirectly
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 08:34 PM | Show all posts
heols pun ntah2 tak kenalpon sheols sapo... org suh bgambar heols pun pose je la...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 21-5-2023 08:26 PM
Haaa baru nak bgtau juga…dia ex army israel ya…kat situ pon mmg patut kita menyampah dgn dia…ka ...


yup, yang dok sibuk kata orang overreact tu patut malu la sikit. team pr heols pon sama bengap la kot.

kadang benda netizen kecam ada betulnya jugak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 11:32 PM GMT+8 , Processed in 0.060249 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list