Pelawak Mamat Sepah mengejutkan peminat apabila tiba-tiba pengsan ketika muncul di pentas minggu pertama program Mega Spontan 2023 yang bersiaran langsung pada malam Jumaat. Menjelaskan insiden itu, Mamat atau Mohd Noor Murad, 38, berkata, dia sendiri tidak pasti apa berlaku sehingga membuatkan dia hilang fokus dan tidak boleh mendengar ketika berada di atas pentas.
Bagaimanapun katanya, gementar bukan punca dia pengsan namun mengakui berasa tidak sedap badan sebelum program berlangsung. "Sepanjang 14 tahun membuat persembahan, inilah pertama kali terjadi kepada saya. Saya sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Ketika pusingan pertama naik pentas saya dah rasa tidak sedap badan, penglihatan pun kabur selain telinga tidak boleh mendengar. "Nak kata saya gementar tak mungkin sebab saya amat yakin dengan pasukan sendiri. Saya langsung tidak rasa gementar sebelum naik pentas," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.
Disebab keadaannya pada malam tersebut, tiga rakan kumpulannya iaitu Adlin Aman Ramli, Joey Daud dan Sajna Suri terpaksa meneruskan persembahan tanpa Mamat. Tambahnya ketika melakukan pemeriksaan bersama pasukan perubatan di belakang pentas, dia dimaklumkan tekanan darah dan tahap kesihatannya dalam keadaan baik. "Pegawai perubatan pun cakap saya tidak gementar. Katanya mereka boleh kesan pada wajah seseorang yang menunjukkan simptom gementar. Dah periksa tekanan darah dan nadi pun semuanya okey. "Saya tahu kondisi badan sendiri. Jadi mestilah saya tidak akan ambil makanan yang boleh memberi kesan kepada diri sendiri," ujarnya. Sementara itu, Mamat memaklumkan keadaannya masih belum stabil dan akan melakukan pemeriksaan lanjut di hospital. Dalam masa sama dia amat bertuah kerana bersama anggota yang sangat memahami dan tidak mengalah tatkala berlaku kecemasan seperti itu. Sumber: mStar
|
Carcosa replied at 20-5-2023 04:13 PM
Kejap lagi keluar lah cerita2 mistik.
Jumpa beras dlm bag lah, jumpa bunga2 wangi tepi bag, Jumpa pa ...
lolen replied at 20-5-2023 04:20 PM
Limau kasturi ke limau nipis? ????????
ADVERTISEMENT