CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Kapal Asing Tetap Degil Ditahan Bersauh Secara Haram

20-5-2023 12:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 654| Komen: 10

Kota Tinggi: Sebanyak empat buah kapal ditahan dalam tempoh seminggu selepas disyaki melakukan aktiviti bersauh secara haram di perairan Johor Timur.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, kesemua kapal berkenaan ditahan melalui Op Jangkar Haram yang dilaksanakan secara berterusan khusus bagi membanteras kesalahan kapal-kapal dagang yang bersauh tanpa kebenaran terutamanya di perairan tersebut.


Katanya, kapal pertama yang ditahan pada 13 Mei lalu sekitar pukul 10.40 pagi jenis pengangkut LPG berdaftar dari Singapura di kedudukan 17.7 batu nautika (bn) timur Tanjung Sedili Besar.

Kapal yang ditahan disyaki melakukan aktiviti bersauh secara haram di perairan Johor Timur.

Menurutnya, kapal kedua jenis kapal tangki berdaftar dari Singapura ditahan pada 15 Mei, pukul 11.45 pagi di kedudukan 13.2 bn timur Tanjung Siang.


“Kapal tangki ketiga pula yang berdaftar dari Indonesia ditahan pada 17 Mei, pukul 1.40 petang di kedudukan 12.8 bn timur laut Tanjung Balau.

“Manakala kapal keempat jenis kapal pengangkut berdaftar dari Monrovia ditahan pada 18 Mei lepas sekitar pukul 3.00 petang di kedudukan 30.5 bn timur Tanjung Sedili Kechil.

“Kesemua empat nakhoda kapal terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh di perairan Malaysia ketika diperiksa Maritim Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Tambahnya, penahanan kapal keempat tersebut menjadikan penahanan ke-28 atas kesalahan yang sama pada tahun ini dari pelbagai jenis kapal dan berdaftar dari pelbagai jenis negara termasuk Malaysia.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-man pihak bagi menjaga kedaulatan dan keselamatan perairan negara,” katanya lagi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 20-5-2023 12:44 PM
Nampak sgt mereka pandang remeh kt negara Malaysia. Cuba kau buat samada kat china ke....north korea ke? Memang diorg fikir byk kali la!
Quote shernazz 20-5-2023 01:08 PM
Boleh land kan .
Quote Thunderclouds 20-5-2023 01:22 PM
Padan muka.
Serba serbi acah² aci boleh.
Haram jiran² foreign nk respek kita punya otoriti dah.
Quote kotakominami 20-5-2023 01:53 PM
Jangan kata yg kat laut ini kat kat darat ni dah beranak pinak siap jadi tuan tanah.....malesia kan semua boleh....kena puji kat utube terus welcome welcome....
Quote Firenzza 20-5-2023 02:32 PM
Sbb diorg tau PATI rohingya masuk cara haram pun blh bukak kedai
Quote namieamuro 20-5-2023 05:10 PM
ooo baru nk gelabah ke? mesti bukan kali pertama kan dorg buat gini
Quote krustykrab 20-5-2023 05:43 PM
Kelakar la negara kita ni, pati kluar masuk dgn mudah, ni kapal pulak main terjah masuk..esok ni kena jajah lg sekali pulak...
Quote kepompong 20-5-2023 08:52 PM
tak kelakar sbnrnya . tapi menakutkan
Quote ninja boy 20-5-2023 09:15 PM
Entahlah negara jiran bz betul papar berita china kapal korea ukraine sudan
Quote JunkMail 20-5-2023 10:00 PM
Dah lama jadi sebenarnya. Siap kapal China skrap khazanah laut kita. Yang latest diorang skrap wreck kapal HMS prince of Wales . Dah report pun gomen buat senyap je. Maklumlah... Koboi.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.033524 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top