CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Buaya Tembaga Ditangkap Di Pantai Saujana, Port Dickson

20-5-2023 11:39 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1056| Komen: 16

Port Dickson – Seekor anak buaya tembaga ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemukan terdampar di Pantai Saujana, Batu 4, di sini awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan anak buaya berkenaan daripada pusat kawalan operasi pada pukul 1.29 pagi.


Seekor anak buaya tembaga yang ditangkap anggota APM selepas ditemukan terdampar di Pantai Saujana, Port Dickson, awal pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati terdapat seekor anak buaya dipercayai jenis tembaga dengan anggaran berat sebanyak 800 gram terdampar di pantai berkenaan.

“Anggota APM menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan peralatan khas. Kami akan menghantar anak buaya tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohamad Azri dalam pada itu menasihatkan orang ramai yang menemukan buaya atau hidupan liar yang lain agar memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan segera. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 20-5-2023 12:00 PM
Buaya tembaga ni species apa?
Quote Zazama 20-5-2023 12:46 PM
Ada anak, adalah induknya tu. Harap tiada apa2 yg tidak diingini berlaku. Buaya ni mengendap sebelum attack.
Quote intan244 20-5-2023 01:16 PM
kalau jumpa calll 999 kah
Quote otai_g 20-5-2023 01:19 PM
Uish selamat ke pd nak mandi ni? Da ada buaya
Quote edayildiz 20-5-2023 03:50 PM
nk g beach pun dh xblh leka skrg sbb boya ada dimana mana
Quote SalenaGomez 20-5-2023 04:21 PM
Zazama replied at 20-5-2023 12:46 PM
Ada anak, adalah induknya tu. Harap tiada apa2 yg tidak diingini berlaku. Buaya ni mengendap sebelum ...

Nanti bapak nya x cari ke??
Quote axl_bach 20-5-2023 04:27 PM
otai_g replied at 20-5-2023 01:19 PM
Uish selamat ke pd nak mandi ni? Da ada buaya

Bukan dah mmg ada buaya di pd sedari dulu lagi ke?
Quote Zazama 21-5-2023 12:13 AM
SalenaGomez replied at 20-5-2023 04:21 PM
Nanti bapak nya x cari ke??

Anak2 on their own. Tak cari kut mak ngan paknya.
Quote SalenaGomez 21-5-2023 12:25 AM
axl_bach replied at 20-5-2023 04:27 PM
Bukan dah mmg ada buaya di pd sedari dulu lagi ke?

Mmg dulu pernah viral ada buaya siap ada gambar jarak jauh buaya tu…tp majlis perbandaran nafi kan…yelah takut org x mai
pD…skrg mmg xboleh cover2 dah lagi2 zaman viral ni
Quote matamata 21-5-2023 12:52 AM
Buata sgt lukut tu
Quote zuuu 21-5-2023 03:19 AM
Semoga ank buaya ni selamat
Quote Zack8hunter 21-5-2023 07:35 AM
buaya tembaga tu mmg boleh hidup air masin ke?
Quote Dwdrum 21-5-2023 08:14 AM
Kena makan telur buaya dari makan telur penyu
Quote green~tea 21-5-2023 09:20 AM
Zack8hunter replied at 21-5-2023 07:35 AM
buaya tembaga tu mmg boleh hidup air masin ke?

Ha ah... buaya yang boleh berenang ke area air masin
Quote apalancut 21-5-2023 03:56 PM
mudah2an pihak narkotik mengambil tindakan di atas penangkapan gorgon kecil ini
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 02:39 PM
Totodile tersenyum sinis

158_copy_1024x1024.png

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.077102 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top