CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Mana Nak Lari...'

20-5-2023 10:45 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 285| Komen: 0

Kota Tinggi: Seorang penunggang motosikal yang bertindak melarikan diri ketika diarahkan berhenti bagi tujuan pemeriksaan polis di Jalan Permai - Taman Sedeli di sini, semalam, ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, suspek lelaki itu ditahan selepas dia terbabas di hadapan sebuah rumah berhampiran.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu bermula apabila anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Kuala Sedeli terserempak dengan suspek warga tempatan yang menunggang motosikal tanpa nombor pendaftaran bahagian depan dan belakang.

Seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada polis di Jalan Permai - Taman Sedeli, Kota Tinggi. FOTO tular.

"Polis mengarahkan penunggang motosikal berhenti bagi tujuan pemeriksaan, tetapi dia bertindak melarikan diri sehingga ke Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedeli sebelum terbabas di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan.


"Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah.

"Suspek kemudian dibawa ke balai polis kerana disyaki terbabit dalam penagihan dadah dan hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek positif heroin," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Hussin, tiga saman POL 257 dikeluarkan ke atas suspek di bawah kesalahan topi keledar dan nombor pendaftaran motosikal.

Semalam, tular di media sosial, video berdurasi 16 saat memaparkan kejadian seorang anggota URB mengejar seorang penunggang motosikal yang sedang cuba melarikan diri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.037880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top