Video yang dimuat naik Elisya Sandha bermain dengan anaknya, Bunga Elhaq baru-baru ini menjadi bualan ramai. “Me and you together forever, promise?” tulisnya di kapsyen. Pelakon tersebut dilihat memakai singlet sampai nampak ketiak dan rakaman yang dibuat daripada tepi sekaligus menyebabkan bahagian payudaranya terdedah. Di ruangan komen ramai yang mengucap sebab nampak benda yang tak sepatutnya. Rata-ratanya memohon agar Elisya lebih peka dalam soal ini sebelum berkongsi apa-apa video. Baca komen:
“Nasihat saya kepada yang berkenaan, sebelum pos mana-mana pic tengok la dulu pic tu. “Sama ada okay atau pun tidak sepatutnya. Sebab selagi pic tak senonoh yang kita share, mengalir saham dosa kita.
“Saya bukan lah nak kepoci tapi terlanjur dah nampak tegur la sikit. “Nak tunjuk apa sebenarnya? Tak tutup aurat dah satu."
Sekadar info, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada 21 Ogos 2021 dan dikurniakan Bunga Elhaq 18 Jun tahun lalu. Harap sis Sheila dapat tegur menantu ya? Takut pula rosak imej dan maruah tak gitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|