CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nina Nadira Timang Anak Kedua, Tengah Tahan Sakit Nak Bersalin Pun Sempat Singgah Beli Mcdonalds

19-5-2023 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2459| Komen: 20

Nina Nadira selamat bersalin anak kedua di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor pada pukul 9 pagi hari Jumaat.

Dia memberitahu bayi lelaki seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan secara normal.


Foto: IG

"Sepatutnya masuk hospital pukul 7 pagi, namun sekitar pukul 4 pagi dah mula rasa sakit dan terus ke hospital.

"Dalam perjalanan sempat juga singgah McDonalds dulu untuk beli makanan.




"Saya tahu kalau nak bersalin perlukan tenaga, jadi makanlah dulu. Paling tidak pun dapatlah rasa sebelum berpantang.

"Syukur segala urusan dipermudahkan. Saya pun dah ada pengalaman sebelum ini, jadi semuanya dah sedia awal," katanya kepada mStar.




Kata Nina, selepas berpantang nanti dia mungkin akan memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberi fokus membesarkan anak-anak di rumah.

"Saya rasa kalau dah masuk anak kedua ini, fokus saya haruslah diberikan kepada keluarga. Mungkin akan perlahankan kerjaya seni dahulu.

"Saya mahu menjaga sendiri anak-anak dan melihat mereka membesar. Waktu bersama anak-anak dalam tempoh mereka membesar ini sangat penting," ujarnya.



Untuk rekod, Nina mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Farhan Rusman pada 29 Julai 2017.


Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Nina Lilyanna yang kini berusia empat tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanasno 19-5-2023 04:52 PM
ya robbi siapa sheols ni
Quote Carcosa 19-5-2023 05:11 PM
Siapa pulak pompuan yg mempunyai wajah persis green guava ni?? Sbb kau kemaruk McDonald's, cuba ko namakan baby baru ni Mohd Donald.
Quote missbigrockstar 19-5-2023 05:12 PM
Ni thread kedua yg aku harus who are you.
Quote missyL 19-5-2023 06:38 PM
Sapekah nama2 ini.
Hahahaha
Td muna pn xknl

Kene dok kt thread kepam je iols nie kekekeke
Quote missyL 19-5-2023 06:38 PM
Sapekah nama2 ini.
Hahahaha
Td muna pn xknl

Kene dok kt thread kepam je iols nie kekekeke
Quote codenamedream 19-5-2023 06:44 PM
Ni pun budak AF macam Muna
Tak ingat AF berapa, tersingkir awal.
Nyanyi ala2 Yuna

Selalu jadi hos jer sekarang

Retis sendu camni pun meols kenal. LOL
Kalau yg meols kata tak kenal tu mmg artis dari alam barzakh ya dia punya tahap sendu


Quote Missjass 19-5-2023 06:54 PM
Edited by Missjass at 19-5-2023 06:56 PM

Dia ni i ingt la budak AF batch lepas kak Nab & banyak jgk berlakon jadi supporting drama2 michael ang dulu2 & jadi hos Hlive sekali ngn syamim  farid dgn dahlia trivago
Quote Missjass 19-5-2023 06:55 PM
Yang muna tu tk notice pun kewujudan dia masa Af 2014 tu tahu nama pun dari lagu je tp muka tk pernah tgk
Quote hannan_rayyan 19-5-2023 07:02 PM
dia ni pernah berlakon jadi adik schayahya, drama apa tah tak ingat, sesuai sangat muka jadi beradik
Quote telracs 19-5-2023 07:12 PM
Ni sapa pulak?
Quote TabletSusu 19-5-2023 07:18 PM
Carcosa replied at 19-5-2023 09:11 AM
Siapa pulak pompuan yg mempunyai wajah persis green guava ni?? Sbb kau kemaruk McDonald's, cuba ko n ...

Muhammad Danial cek uuiiii. nama panggilan nnt jadi matD
Quote dudaberhias 19-5-2023 07:20 PM
who iz yuhhhh...
maaf lah mira penyondol tokong sampai runtuh tu lagi kaka kenal dari ko nyah...

Quote I.K.A888990 19-5-2023 08:28 PM
lawa anak dia
lagipun dia ni mmg cute kan
Quote fcl29 19-5-2023 11:05 PM
aku pon beli mekdonal lps gi hosp tp nurse suh balik dulu sbb bukaan br 1.5cm.. tp lepas 2jam dtg blk sbb xtahan da sakit sgt.. snpai hosp trus bersalin.. cepat aku beranak
Quote stingergrumpy 19-5-2023 11:35 PM
codenamedream replied at 19-5-2023 06:44 PM
Ni pun budak AF macam Muna
Tak ingat AF berapa, tersingkir awal.
Nyanyi ala2 Yuna

Alam barzakh sebelah lot mak ko keww?

Kahkahkahkah
Quote codenamedream 19-5-2023 11:47 PM
stingergrumpy replied at 19-5-2023 11:35 PM
Alam barzakh sebelah lot mak ko keww?

Kahkahkahkah

Sting dah complete puasa 6?
Quote stingergrumpy 19-5-2023 11:55 PM
codenamedream replied at 19-5-2023 11:47 PM
Sting dah complete puasa 6?

Dah buat 3 sets...kenapa?
Quote codenamedream 20-5-2023 12:00 AM
stingergrumpy replied at 19-5-2023 11:55 PM
Dah buat 3 sets...kenapa?

Puasa ganti berapa hari? Sting piyed lama kan
Quote stingergrumpy 20-5-2023 04:54 AM
codenamedream replied at 20-5-2023 12:00 AM
Puasa ganti berapa hari? Sting piyed lama kan

Nak ganti puasa buat pe? Every year bulan ramadhan dan syawal ambik pil perancang dari peks berdarah(delay) so posa tak miss...posa6 pun boleh buat...ber set set....

Ko ghaser?

Ko tahu kes si misshaidnipas anaknyer mati?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.058523 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top