Oleh : TS LOO
Ketua Bahagian UMNO, Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos telah membuat kenyataan bahawa seramai lima ribu peserta dijangka menyertai perhimpunan Baju Merah di Ampang pada Ahad, semalam. Namun hakikatnya pada hari itu hanya seramai dua ratus orang peserta sahaja yang hadir. Oleh kerana kekurangan peserta, telah berlaku pertelingkahan antara Dato' Jamal dengan presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali bin Baharom di dalam "group WhatsApp". Difahamkan, Dato' Jamal dikatakan tidak puas hati dengan Ali Tinju dan kumpulannya kerana tidak menyertai perhimpunan di Ampang sehingga menyebabkan bilangan orang yang hadir tidak ramai. Lalu, Jamal mengarahkan orang bawahannya 'menyerang' Ali Tinju menerusi WhatsApp.
Namun beliau pula yang dihentam oleh Ali Tinju menerusi "Group WhatsApp". Akibat dari pertengkaran itu, Ali Tinju membuang Datuk Jamal dari "group WhatsApp". Group tersebut sebelum ini diwujudkan bagi memudahkan penyampaian maklumat antara Ali Tinju, Dato Jamal, NGO Melayu dan pihak wartawan. Menurut keratan mesej dalam WhatsApp yang tersebar, Datuk Jamal telah menjemput semua kumpulan NGO Melayu untuk menyertai perhimpunan tersebut namun dibantah oleh Ali Tinju. "Maaf Dato', kami #GerakanMerah tidak terlibat...." "Usaha Dato' teruskan..." "Kami hanya berdoa..." - tulis Ali Tinju. Antara keratan lain, " Dato' Jamal, berapa hari sama NGO?" "Dato' Jamal tak perlu main politik dengan saya" "Tak perlu suruh budak-budak you serang saya dalam Whatsapp" "Maaf lah Dato'.... buang masa kita kawan" Selain itu, Ali Tinju turut menyindir perhimpunan tersebut sebagai tindakan sia-sia kerana tidak mempunyai isu yang kukuh. " Nak Buat Bantahan Pun Kena Ada Isu, Kalau Tidak, Ianya Seolah-Olah Menjalankan Perniagaan Dalam Kumpulan NGO". Kumpulan media yang berada didalam "Group Whatsapp" tersebut rata-rata terkejut dengan tindakan Ali Tinju kerana mereka berdua sebelum ini dilihat sebagai kawan baik. " Dato, betul ke ni? Kamu berdua bukan ke kawan baik? " Bagaimana pun, Ali Tinju tidak menjawab. |
8
Bagus |
11
Marah |
16
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
22
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT