Dimarahi seorang selebriti dalam program Super Spontan sebelum ini membuat Amir Raja Lawak berjanji untuk lebih berhati-hati ketika mengemukakan sebarang soalan kelak. Walaupun sudah lama berlaku, pelawak lebih dikenali dengan gelaran Amirreka itu baru mendedahkan peristiwa tersebut ketika ditemui MalaysiaKini, baru-baru ini.
“Seorang artis hantar mesej pesanan ringkas menyatakan dia kurang senang dengan soalan saya sebaik saja program berkenaan berakhir. “Saya terima teguran itu dan selepas ini saya cuba berhati-hati supaya soalan diajukan tak menyinggung mana-mana pihak lagi,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran program Mega Spontan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi berharap mana-mana selebriti pada masa sama mungkin boleh cuba memahami tugasnya sebagai pengacara.
Sebagai seseorang yang sudah mengendalikan program seumpama itu lebih dari 10 tahun, kata Amir, sudah pasti dia juga berdepan cabaran untuk memastikan tetap relevan sebagai penghibur.
|
ADVERTISEMENT