Syafiq Yusof terkilan sungguh apabila ada pihak yang sengaja memutar belit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mengenai keinginan untuk menyambut hari raya bersama abangnya iaitu Syamsul Yusof.
Disebabkan itu dia kini memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan abangnya itu. "Saya minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini saya ada cakap yang saya nak beraya dengan abang saya tapi keluar cerita kata saya nak beraya dengan orang lain (merujuk Ira Kazar). "Ada pula pihak-pihak yang reka cerita datang entah dari mana... benda yang tak ada pun tiba-tiba ada. Sampai saya rasa bila saya cakap macam itu," katanya kepada mStar.
Syafiq juga berharap orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita yang diterbitkan daripada blog yang tidak diyakini sumbernya. Tambah Syafiq, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya keadaan bertambah teruk.
"Saya harap orang jangan percaya dengan blog-blog yang tidak dikenali dan pelik-pelik di laman Facebook. "Pusing cerita itu satu hal, selepas itu reka pula cerita itu memang fitnah. Harap benda itu tidak berlaku. Kalau teruk sangat saya akan ambil tindakan. "Macam saya kata sebelum ini, setiap keluarga itu ada masalah dia masing-masing. Cuma keluarga saya ini dikenali sahaja."
Menyentuh mengenai Polis Evo 3, Syafiq berkata dia berlapang dada untuk menerima sebarang kritikan daripada semua pihak mengenai filem berkenaan. Dia bagaimanapun beranggapan bahawa setiap pengarah juga berhak untuk mengeluarkan pendapat terhadap kritikan yang diterima.
"Saya sentiasa bersedia menerima kritikan... dari dulu memang terima kritikan tapi bagi saya apa salahnya kalau seorang pengarah itu ada pendapat juga. "Takkan sebagai pengarah saya kena diam sahaja... saya boleh terima pendapat orang, mereka pun kena terima pendapat saya," jelasnya. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|