Seorang lelaki kesal terhadap sikap pentingkan diri seorang wanita yang membuatnya tertunggu di sebuah stesen minyak baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Facebook Mark Adam, selepas wanita itu mengisi minyak, dia terus meninggalkan keretanya untuk melakukan hal lain dan membiarkan pengguna lain tertunggu-tunggu.
“Alahai kakak, hendak basuh tangan ke, kaki ke, alih lah kereta tu dulu. Ini siap pergi bersembang dengan kawan lagi. Kasihan kawan (pemilik) belakang tunggu hendak isi minyak,” katanya di kapsyen. Menurut pemilik lagi, tindakan wanita tersebut sangat menyusahkan orang lain. “Apa salahnya dibuang sikap sombong tu, alihkan dahulu kereta, mudahkan urusan orang lain. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita pula. Sudahla terkial-kial, angkat tangan pun tidak,” rungutnya. Di ruangan komen, orang ramai turut mengecam perbuatan yang kurang menyenangkan itu kerana melengahkan urusan orang lain.
“Aku hairanlah dengan orang yang ‘slow’ macam tu dekat stesen minyak. Aku ni walaupun bawa motosikal sahaja aku turun cepat-cepat pergi kaunter nak bayar, cepat-cepat isi minyak dan jalan. Kalau hendak beli barang, isi minyak dahulu, ‘parking’ dan baru beli barang. Aku jadi serba salah orang lain kena menunggu dekat belakang,” kata Weeyah. “Jenis yang tiada ‘common sense’ ni susah, pentingkan diri sendiri sahaja. Orang lain pula kena tunggu lama-lama semata-mata nak kena tengok kau berjalan sana-sini,” komen Muhammad Faizal. “Alahai jenis yang tidak prihatin, pentingkan diri dan menyusahkan orang ni,” sampuk Khairin. “Ramai je perangai macam ini dekat luar sana, perangai tidak peduli dekat orang keliling, janji dia lepas. Moga kita semua sabar dan dijauhkan daripada sifat begini,” kata Cahaya. -CARI Sumber: kosmo
|
ally9970 replied at 18-5-2023 02:21 PM
Ramai jer spesis mcm ni, especially pompuan
zehra2 replied at 18-5-2023 02:07 PM
staf stesen minyak patut tegur kt mikrofon tu kasi tau keta nomor sekian alihkan kenderaan. kot peka ...
ADVERTISEMENT