CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1666|Reply: 22

Bengang Tengok Wanita Selfish- Lepas Isi Minyak Tak Tahu Alih Kereta, 'Sidai' Orang Belakang

[Copy link]
Post time 18-5-2023 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki kesal terhadap sikap pentingkan diri seorang wanita yang membuatnya tertunggu di sebuah stesen minyak baru-baru ini.


Menerusi perkongsian di Facebook Mark Adam, selepas wanita itu mengisi minyak, dia terus meninggalkan keretanya untuk melakukan hal lain dan membiarkan pengguna lain tertunggu-tunggu.


“Alahai kakak, hendak basuh tangan ke, kaki ke, alih lah kereta tu dulu. Ini siap pergi bersembang dengan kawan lagi. Kasihan kawan (pemilik) belakang tunggu hendak isi minyak,” katanya di kapsyen.










Menurut pemilik lagi, tindakan wanita tersebut sangat menyusahkan orang lain.


“Apa salahnya dibuang sikap sombong tu, alihkan dahulu kereta, mudahkan urusan orang lain. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan kita pula. Sudahla terkial-kial, angkat tangan pun tidak,” rungutnya.


Di ruangan komen, orang ramai turut mengecam perbuatan yang kurang menyenangkan itu kerana melengahkan urusan orang lain.


“Aku hairanlah dengan orang yang ‘slow’ macam tu dekat stesen minyak. Aku ni walaupun bawa motosikal sahaja aku turun cepat-cepat pergi kaunter nak bayar, cepat-cepat isi minyak dan jalan. Kalau hendak beli barang, isi minyak dahulu, ‘parking’ dan baru beli barang. Aku jadi serba salah orang lain kena menunggu dekat belakang,” kata Weeyah.


“Jenis yang tiada ‘common sense’ ni susah, pentingkan diri sendiri sahaja. Orang lain pula kena tunggu lama-lama semata-mata nak kena tengok kau berjalan sana-sini,” komen Muhammad Faizal.


“Alahai jenis yang tidak prihatin, pentingkan diri dan menyusahkan orang ni,” sampuk Khairin.


“Ramai je perangai macam ini dekat luar sana, perangai tidak peduli dekat orang keliling, janji dia lepas. Moga kita semua sabar dan dijauhkan daripada sifat begini,” kata Cahaya. -CARI


Sumber: kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Skang ni orang isi minyak siap bole shopping kt dlm kedai, g toilet dan kuar duit kt atm. Lepas tu baru dorang terhegeh2 blk kt kete isi minyak
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 18-5-2023 01:54 PM

Jadi kes aku...perempuan gemok ni nk isi minyak kat depan depan kereta aku...dia masuk dulu la..punyala dia Park kereta sampai masuk tempat minyak untuk aku parking...dia buat dekk je...aku geram terus kata..nk isi minyak awak x reti nak park dlm petak parking elok2 ke...dia jawab..ala kereta sy tempat minyak sebelah pintu lagi satu susah nk tarik saluran ni..
Aku jawab..so ko nak aku kena tunggu ko ke apa ...mana boleh mcm ni aku kata... dia siap jawab...ala sekejap je.

Kuang asam...menunggu la aku sampai dia abis isi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dh mcm tu perangai..menyusahkan org, biadap...blsn susah dia kat jln raya nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
staf stesen minyak patut tegur kt mikrofon tu kasi tau keta nomor sekian alihkan kenderaan. kot pekak kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kt luar tu ramai je spesis selfish ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
beza ada pump attd ngn xde....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:21 PM | Show all posts
Ramai jer spesis mcm ni, especially pompuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 02:24 PM | Show all posts
ramai pe'el mcm ni...bukan wanita je. lelaki pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 18-5-2023 02:21 PM
Ramai jer spesis mcm ni, especially pompuan

Lelakii pun sama naik skrg ni..

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku po  geram geng2 yg pergi shopping dalam kedai station minyak, pergi cucuk duit & pergi tandas padahal kereta dalam petak nak pam minyak. X boleh ke alihkan kereta dulu.. bongok
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 02:45 PM | Show all posts
Jadi dekat I memang honk je suruh dia alihkan kereta. Kita ni punya la cuak kalau ada orang tunggu dekat belakang, laju2 je nak settle. Yang stok2 bingai gini boleh pulak park situ macam situ parking lot.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 03:34 PM | Show all posts
dia lagi 1 tmpt isi angin.. ko park sana lama2 org nak isi angin kena tunggu mmg celaka
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai je
most of the time aku guna RFID shell
dah la tmpt tu limited

selalu je orang parking untuk lepak lepak dalam shell tu walaupun tempt letak parking masih banyak

mula mula orang tu pegi tandas
lepas tu belanja
lepas tu duduk duduk dalam kereta
lepas tu suruh bla
buat tak tahu je
mcm mak bapak dia punya

psycooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:31 PM | Show all posts
Ada tak gajet yang boleh deflate tyre dgn cepat jual kat shopee? Siapa tahu mohon share.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin dia isi ful tank lepas tu pegi ambik balance kat cashier.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 18-5-2023 02:07 PM
staf stesen minyak patut tegur kt mikrofon tu kasi tau keta nomor sekian alihkan kenderaan. kot peka ...

Ye. Biar malu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kecuali kes besar, cashier tak akan suruh yg tgh shopping alih keta. Tu kan sumber pendapatan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ade org mcmni....jenis die x empathy...xde common sense
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2023 08:29 PM | Show all posts
boleh dah install siren nuklear kat sini pulak. 60saat tak beredar dari sensor lepas letak nozzle dia bunyi max volume..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055589 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list