CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bengang Pemandu E-Hailing Pemalas, Kerap Minta Pelanggan Batal Pesanan Saat Akhir

18-5-2023 01:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 984| Komen: 9

PETALING JAYA – Seorang pengguna kurang senang dengan tindakan segelintir pemandu e-hailing yang suka meminta pelanggan membatalkan pesanan di saat-saat akhir dengan memberi pelbagai alasan.

“Ada yang cakap ‘driver’ tak ada pilihan untuk batalkan pesanan, kalau ‘driver’ batalkan pesanan akan kena potong duit, dalam perjalanan ke tempat lain, ada pelanggan lain”.

James Serabut menerusi Facebook mendakwa sudah beberapa kali ditipu oleh kumpulan pemandu pemalas ini.

Gambar Hiasan

“Hantaran ini pengajaran kepada pemandu yang suka suruh pelanggan batalkan pesanan kerana perjalanan jauh.

“Dah banyak kali saya kena dengan pemandu e-hailing yang suruh pelanggan batalkan pesanan sebab tak mahu ‘rating’ dia jatuh.

“Saya tahu dia menipu tapi saya batalkan juga dan alasan pembatalan saya letak ‘driver asked to cancel’ (pemandu minta untuk dibatalkan),” katanya pada perkongsian di kumpulan Facebook, B40 Buat Perangai Apa Harini, pagi tadi.


Tambahnya pernah sekali dia melihat peta keberadaan pemandu e-hailing terbabit berada sekitar kawasannya, namun pada saat akhir, pemandu berkenaan meminta pelanggan itu membuat permohonan pembatalan.

“Tapi kali ini punya penipuan tak boleh brain (fikir) dah. Map (peta) tunjuk pemandu berada berdekatan, tapi dia cakap dia berada jauh dan ada pelanggan lain. Dia suruh saya batalkan, saya tak nak dan saya suruh dia batalkan sendiri, dia pun tak nak.

“Masing-masing duduk menunggu, selepas hampir 10 minit, saya mengalah dan saya batal. Kali ini tiada lagi maaf buat mu, terus e-mail dekat pihak syarikat e-hailing terbabit dan buat aduan ‘driver refuse to come and cheating’.

“Tolonglah kalau tak nak ambil trip, jangan menipu dan cakap benda yang betul dan cakap elok-elok dengan pelanggan,” pesannya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 18-5-2023 01:15 PM
i pun dah banyak kali kena.. selalu i call customer service je, suruh dorang yang cancel.. malas nak argue dengan driver bodoh
Quote ezacbee 18-5-2023 02:27 PM
Baru2 ni dah terkena. Dah lepas 5 minit driver call cakap jalan jem klo nak tunggu 30min. Dia suruh aku cancel. Aku cancel kena tolak rm3 sbb menunggu lebih 5 minit. Aku tukar naik indrive. Bila lalu jalan yg sama mana ada jem. Penipu. Aku trus report grab. 2-3 hari grab refund duit rm3 dan bagi reward rm5.

Quote mojarean_X 18-5-2023 02:30 PM
Mmg penipu pun. Iols guna dari zaman MyTeksi lg tp skang ni mkn teruk drivernya
Quote rosedemon 19-5-2023 08:27 AM
dah tau pmalas ape pasal jadi drebar yob
Quote dekmieDandy 19-5-2023 03:06 PM
aku baru guna indriver haritu

laju dapat kereta, grab susah sangat area ruamh aku tu, tak tahu lar kenapa
Quote pokokmeranti 19-5-2023 03:11 PM
satu lagi penipu dalam profil kereta bahru, bila sampai dapat kereta buruk. rupanya perangai mereka beli kereta baru dan daftar utk grab bila dah lulus no plat kete baharu pindah ke kete lama. mcm sialllllllllllllllllllllllllllllll.
Quote I.K.A888990 19-5-2023 03:19 PM
kalau dah malas tak yah bwk grab
Quote doridori_hi 19-5-2023 04:50 PM
Aku dah kena masa malam raya tu hari, driver Grab, call suruh aku cancel, nk balik dah abis trip bla..bla..bla.. dia belum abis ckp aku terus pangkah dia , aku cancel , booking aku tekan " driver asked to cancel " ..
Selang tu ada driver amik order aku, laju jgak dia dtg.. lepas tu aku bagi dia tips tak amik duit baki, aku ckp rezeki awak sb tak reject order saya... gitu lah pengalaman malam raya ku yg tak dpt ku lupakannnn...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.029077 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top