Farali Khan membariskan beberapa perkara penting yang perlu diteliti seseorang pelakon sebelum memberikan persetujuan untuk menjayakan sesebuah babak aksi. “Tubuh badan kita nak pakai lama. Sebab itu kena buat latihan betul-betul sebelum melakukan sebarang aksi berisiko untuk sebuah filem. Jangan buat sewenang-wenangnya.
“Kita kena fikir semasak-masaknya, ikut logik akal. Boleh buat atau tidak. Jangan sesekali buat perkara yang diluar kemampuan. “Sebagai pelakon, saya juga, akan berbincang semula apabila mendapati aksi yang diminta pengarah terlalu ekstrim atau berbahaya. Kalau saya tak mampu, saya akan bincang untuk cari cara yang lebih selamat bagi menjayakan babak berkenaan,” katanya kepada Utusan Online.
|
ADVERTISEMENT