CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Black Thorn Dan Musang King Dijangka Turun Hingga RM20 Sekilogram Dalam Masa Seminggu Dua Lagi

18-5-2023 10:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1690| Komen: 40

EORGE TOWN –  Harga durian jenis duri hitam (black thorn) dan musang king dijangka turun hingga RM20 sekilogram dalam masa seminggu dua ini.

Ini berikutan pengusaha kebun durian di Balik Pulau dekat sini dikatakan sepakat untuk berbuat demikian bagi memberi peluang kepada ‘kaki’ durian Balik Pulau merasai kenikmatan sebenar hasil buah keluaran tempatan itu tahun ini.


Harga semasa bagi duri hitam adalah RM90 sekilogram, musang king (RM65), kacang hijau (RM30), mas dan lipan pula RM33, manakala D604 dijual pada harga RM24.


Foto: kosmo

Seorang pengusaha durian yang mahu dikenali sebagai Brian berkata, isu kenaikan harga durian oleh pelanggan sering dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pemilik-pemilik dusun sebaik tiba musim durian pada setiap tahun.

Menurutnya, pada tahun ini, hasil perbincangan, ramai memutuskan untuk menurunkan harga bagi kesemua jenis durian, selain dijamin tidak berlaku sebarang kenaikan sehingga habis musim hujung tahun ini.


“Setiap kali mesyuarat, kami dapat banyak rungutan daripada pelanggan berhubung harga durian yang sentiasa naik dan tak pernah turun sejak pengusaha mengeksport buah itu ke China sejak 2018.

“Tahun ini, pengusaha durian sedaya upaya mahu turunkan harga durian bagi meringankan bebanan pengguna terutama penggemar durian.

“Saya yakin, kali ini semua orang dapat merasai durian Balik Pulau dan tidak teragak-agak untuk membelinya walau hanya sebiji bagi durian premium,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Ujarnya, tahun ini, harga pasaran durian duri hitam daripada peringkat pembekal adalah RM60 sekilogram, berbanding RM85 tahun lalu, musang king dari RM75 kini dijual RM60 seki­logram, manakala udang merah dan hor lor dijual RM28, penurunan hingga RM14.

Sementara itu, seorang peniaga durian, Mohd. Hilmi Che Rose, pula memberitahu, penurunan harga durian dijangka berlaku dalam tempoh tujuh hingga 10 hari lagi mulai minggu ini.

“Ini kerana, ketika itu banyak buah yang sudah luruh dan ada di pasaran. Buat masa ini, permintaan terhadap buah durian makin tinggi, tetapi buah pula yang tak banyak luruh lagi.

“Untuk permulaan, harga buah masih kekal seperti tahun lalu dan harga mungkin turun dalam masa tujuh hingga 10 hari lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd. Hilmi berkata, keputusan penurunan harga dibuat selepas pihaknya memahami keadaan ekonomi semasa ketika ini terutama dalam kalangan pengguna dan peminat durian tempatan.

“Ia dapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan luar seperti dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak terutama pada hujung minggu.

“Pelanggan di Pulau Pinang masih kurang membeli durian mungkin kerana mereka me­nunggu gaji hujung bulan, selain banyak wang dikeluarkan semasa Aidilfitri,” katanya yang baru memulakan operasi perniagaan sejak lima hari lalu di Anjung Indah, Balik Pulau.

Jelasnya lagi, kira-kira 300 hingga 400 kilogram (kg) buah durian pelbagai jenis sudah laris dijual terutama hujung minggu, manakala hari biasa dianggarkan sebanyak 100 hingga 200kg. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 18-5-2023 10:31 AM
ke sebab China dah ada durian sendiri? ini kira durian 'reject' x leh export dah??
Quote prettyuglybabe 18-5-2023 11:23 AM
padahal goyang sebab china dah tanam durian sendiri..
Quote nirose 18-5-2023 11:25 AM
Tak pernah rasa black thorn.. tp prefer udang merah dr musang king.. taste yg mur mur jee
Quote ctaz 18-5-2023 11:27 AM
nirose replied at 18-5-2023 11:25 AM
Tak pernah rasa black thorn.. tp prefer udang merah dr musang king.. taste yg mur mur jee

lagi sedap musang king...
mahal jer lebih black thorn ni...
kalau nak rasa yg puas hati makan....udang merah...
Quote Carcosa 18-5-2023 11:30 AM
Meols tak penah rasa Black Thorn ni. Melampau sgt mahalnya. Koser.
Meols lagi suka XO. Ada rasa pahit2 mcm tu.
Quote mamajawie 18-5-2023 11:36 AM
kahkahkah..pdan muka x dpat jual kt tanah besar tu..
Quote matseh 18-5-2023 11:37 AM
Suka D101. Tapi jrg jumpa area shah alam ni.
Yg banya D24, XO, D168 dll. Kalau ada mmg aku beli.
Quote Simunggu 18-5-2023 11:43 AM
syukur alhamdulillah masih ada harga yg turun time sekarang ni...dah lah bonus tak ada, gaji tak naik...
Quote _blackbird 18-5-2023 12:35 PM
nirose replied at 18-5-2023 03:25 AM
Tak pernah rasa black thorn.. tp prefer udang merah dr musang king.. taste yg mur mur jee

udang merah tu tak la murah mana. last year tempat aku jual RM25-30 juga per kilo. aku gi makan 8 org habis juga RM800 makan udang merah je
Quote lurve82 18-5-2023 12:36 PM
iols lg suka musang king dari black thorn..aku suka manis2 pahit
Quote _blackbird 18-5-2023 12:42 PM
bg aku blackthorn ni cater diff preference yg musang king tak cater. bg aku musang king ni mcm pahit and muak makan. blackthorn ni rasa lebih sweet, berlemak but smooth. ahhgitewww
Quote MissVixen 18-5-2023 12:45 PM
Bila negara luar dah kurangkan permintaan, baru la nak turunkan harga sikit.
Quote hyie 18-5-2023 02:19 PM
so, kira cash la kan kat diorang yang jual harga yehudi??
Quote ifanonline 18-5-2023 02:20 PM
nasib baik malaysian pun boikot durian tempatan...padan muka harga turun
Quote kechikchomel 18-5-2023 02:21 PM
nasib baik iolss tak makan durian
Quote venom1 18-5-2023 02:21 PM
pokcik tak mampu makan durian mahal. Makan yang biasa pun dah syukur
Quote lil_honey 18-5-2023 02:23 PM
patutnya patenkan je musang king ni..baru china tak berani ambik
Quote cmf_premierleag 18-5-2023 02:25 PM
Nak merasa mkn black thorn..sbb x penah jmpe pun sblm ni
Tp to me plg sedap so far is IOI la...musang king pun kalah
Quote Purplehaz 18-5-2023 02:32 PM
cmf_premierleag: Nak merasa mkn black thorn..sb ...


Black thorn ada rase pahit, bau beer like wine

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.056111 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top