View: 1621|Reply: 39
|
Harga Black Thorn Dan Musang King Dijangka Turun Hingga RM20 Sekilogram Dalam Masa Seminggu Dua Lagi
[Copy link]
|
|
EORGE TOWN – Harga durian jenis duri hitam (black thorn) dan musang king dijangka turun hingga RM20 sekilogram dalam masa seminggu dua ini.
Ini berikutan pengusaha kebun durian di Balik Pulau dekat sini dikatakan sepakat untuk berbuat demikian bagi memberi peluang kepada ‘kaki’ durian Balik Pulau merasai kenikmatan sebenar hasil buah keluaran tempatan itu tahun ini.
Harga semasa bagi duri hitam adalah RM90 sekilogram, musang king (RM65), kacang hijau (RM30), mas dan lipan pula RM33, manakala D604 dijual pada harga RM24.
Foto: kosmo
Seorang pengusaha durian yang mahu dikenali sebagai Brian berkata, isu kenaikan harga durian oleh pelanggan sering dibangkitkan dalam mesyuarat bersama pemilik-pemilik dusun sebaik tiba musim durian pada setiap tahun.
Menurutnya, pada tahun ini, hasil perbincangan, ramai memutuskan untuk menurunkan harga bagi kesemua jenis durian, selain dijamin tidak berlaku sebarang kenaikan sehingga habis musim hujung tahun ini.
“Setiap kali mesyuarat, kami dapat banyak rungutan daripada pelanggan berhubung harga durian yang sentiasa naik dan tak pernah turun sejak pengusaha mengeksport buah itu ke China sejak 2018.
“Tahun ini, pengusaha durian sedaya upaya mahu turunkan harga durian bagi meringankan bebanan pengguna terutama penggemar durian.
“Saya yakin, kali ini semua orang dapat merasai durian Balik Pulau dan tidak teragak-agak untuk membelinya walau hanya sebiji bagi durian premium,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Ujarnya, tahun ini, harga pasaran durian duri hitam daripada peringkat pembekal adalah RM60 sekilogram, berbanding RM85 tahun lalu, musang king dari RM75 kini dijual RM60 sekilogram, manakala udang merah dan hor lor dijual RM28, penurunan hingga RM14.
Sementara itu, seorang peniaga durian, Mohd. Hilmi Che Rose, pula memberitahu, penurunan harga durian dijangka berlaku dalam tempoh tujuh hingga 10 hari lagi mulai minggu ini.
“Ini kerana, ketika itu banyak buah yang sudah luruh dan ada di pasaran. Buat masa ini, permintaan terhadap buah durian makin tinggi, tetapi buah pula yang tak banyak luruh lagi.
“Untuk permulaan, harga buah masih kekal seperti tahun lalu dan harga mungkin turun dalam masa tujuh hingga 10 hari lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Mohd. Hilmi berkata, keputusan penurunan harga dibuat selepas pihaknya memahami keadaan ekonomi semasa ketika ini terutama dalam kalangan pengguna dan peminat durian tempatan.
“Ia dapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelanggan luar seperti dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perak terutama pada hujung minggu.
“Pelanggan di Pulau Pinang masih kurang membeli durian mungkin kerana mereka menunggu gaji hujung bulan, selain banyak wang dikeluarkan semasa Aidilfitri,” katanya yang baru memulakan operasi perniagaan sejak lima hari lalu di Anjung Indah, Balik Pulau.
Jelasnya lagi, kira-kira 300 hingga 400 kilogram (kg) buah durian pelbagai jenis sudah laris dijual terutama hujung minggu, manakala hari biasa dianggarkan sebanyak 100 hingga 200kg. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
ke sebab China dah ada durian sendiri? ini kira durian 'reject' x leh export dah?? |
|
|
|
|
|
|
|
padahal goyang sebab china dah tanam durian sendiri..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah rasa black thorn.. tp prefer udang merah dr musang king.. taste yg mur mur jee |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sedap musang king...
mahal jer lebih black thorn ni...
kalau nak rasa yg puas hati makan....udang merah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Meols tak penah rasa Black Thorn ni. Melampau sgt mahalnya. Koser.
Meols lagi suka XO. Ada rasa pahit2 mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
kahkahkah..pdan muka x dpat jual kt tanah besar tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka D101. Tapi jrg jumpa area shah alam ni.
Yg banya D24, XO, D168 dll. Kalau ada mmg aku beli. |
|
|
|
|
|
|
|
syukur alhamdulillah masih ada harga yg turun time sekarang ni...dah lah bonus tak ada, gaji tak naik... |
|
|
|
|
|
|
|
udang merah tu tak la murah mana. last year tempat aku jual RM25-30 juga per kilo. aku gi makan 8 org habis juga RM800 makan udang merah je
|
|
|
|
|
|
|
|
iols lg suka musang king dari black thorn..aku suka manis2 pahit
|
|
|
|
|
|
|
|
bg aku blackthorn ni cater diff preference yg musang king tak cater. bg aku musang king ni mcm pahit and muak makan. blackthorn ni rasa lebih sweet, berlemak but smooth. ahhgitewww |
|
|
|
|
|
|
|
Bila negara luar dah kurangkan permintaan, baru la nak turunkan harga sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
so, kira cash la kan kat diorang yang jual harga yehudi?? |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik malaysian pun boikot durian tempatan...padan muka harga turun |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik iolss tak makan durian
|
|
|
|
|
|
|
|
pokcik tak mampu makan durian mahal. Makan yang biasa pun dah syukur |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya patenkan je musang king ni..baru china tak berani ambik |
|
|
|
|
|
|
|
Nak merasa mkn black thorn..sbb x penah jmpe pun sblm ni
Tp to me plg sedap so far is IOI la...musang king pun kalah |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag: Nak merasa mkn black thorn..sb ...
Black thorn ada rase pahit, bau beer like wine |
|
|
|
|
|
|
| |
|