CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terdesak Cari Duit, Ibu Tunggal Warga Emas Terpaksa Pandu Bas Sekolah Haram "Tak Bawa Laju, Tak Lebih Muatan, Asalkan Budak Selamat Sampai Rumah" ...

18-5-2023 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1639| Komen: 35

SHAH ALAM – Golongan ibu tunggal dalam kalangan warga emas terdesak dan tidak mempunyai pilihan, terpaksa menjadikan kerja sebagai pemandu bas sekolah haram atau sapu sebagai punca pendapatan mereka.


Kos sara hidup yang semakin tinggi dan tiada majikan menerima mereka kerana faktor usia membuatkan mereka menjadikan pekerjaan itu sebagai kelangsungan hidup walaupun mengetahui ia salah di sisi undang-undang.

Seorang pemandu bas sekolah haram yang mahu dikenali sebagai Bamasathi, 60, berkata, dia telah memandu kenderaan tersebut sejak 10 tahun lalu selepas kematian suaminya 14 tahun lalu.

Gambar Hiasan

Wanita itu memberitahu, dia membawa 13 pelajar dan murid dari dua sekolah untuk sesi pagi dan petang dengan bayaran sebanyak RM100 seorang.

“Kalau tidak kerja hendak makan apa. Kos sara hidup mana pernah turun, naik adalah.

“Saya menanggung bayaran sewa rumah RM1,000 sebulan, manakala anak tunggal saya baru mendapat kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan sekitar RM2,000,” katanya kepada Kosmo!


Bamasathi memaklumkan, sebelum ini dia memiliki semua lesen dan dokumen diperlukan sebagai pemandu bas sekolah, namun gagal memperbaharuinya selepas melalui banyak birokrasi pihak bertanggungjawab.

“Lagipun usia sudah tua, siapa mahu ambil kerja. Saya juga pernah kena saman selepas aduan dibuat rakan yang memandu bas berdaftar.

“Jarak penghantaran harian dari rumah pelanggan ke sekolah tidak jauh sekitar 10 hingga 20 kilometer,” katanya.

Bagi rakannya yang dikenali Kemalavathi, 59, dia rela membanting tulang kudrat mencari rezeki daripada menghabiskan masa berehat di rumah selepas dua anaknya tinggal berasingan selepas berkahwin.

Katanya, beberapa tahun lalu, dia pernah memohon sebagai pemandu bas berdaftar, namun dikatakan tidak mematuhi syarat disebabkan usia kenderaan yang melebihi 20 tahun.

“Takkan saya mahu tunggu sampai syarat dipatuhi. Saya pun bukan orang kaya dan tiada wang hendak beli van baharu.

“Walaupun tidak berdaftar, namun saya bukan bawa laju-laju dan melebihi muatan, asalkan anak-anak selamat sampai ke rumah setiap hari,” ujarnya.

Seorang pekerja swasta, Ahmad Munir Ahmad Ali, 40, berkata, dia terpaksa menggunakan khidmat
kenderaan persendirian disebabkan ketiadaan atau bas sekolah terhad memasuki kawasan perumahan.

“Saya menggunakan khidmat mereka untuk kemudahan dua anak untuk ke sekolah harian dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA),” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 18-5-2023 10:34 AM
semoga anak2 kita selamat. plg utama pastikan kenderaan diselenggara dgn baik, anak2 naik dan turun dengan selamat ketika waktu puncak
Quote cikatilia 18-5-2023 10:43 AM
janda tua.. gitu gelarannya
Quote prettyuglybabe 18-5-2023 10:50 AM
lupa dah sapa forumer yang suka buat tajuk macam sial tu?
Quote Cyempaka 18-5-2023 11:08 AM
Xtau la aku terlebih tisu ke apa.. Tp aku rasa tajuk ni biadap. Kalo org panggil mak kau mcm tu apa kau rasa agaknya..
Quote rospinki 18-5-2023 11:11 AM
janda tua tu nenek kau tt
Quote rospinki 18-5-2023 11:12 AM
janda tua tu nenek kau tt
Quote rospinki 18-5-2023 11:16 AM
haritu jumpa jgak aci ni keje security guard dah acik2 la dlm mid 50's dlm 7e dia dok keliling cari roti bajet2 belanja. ramai je selain aci driver ni pastu yg naik motor kalut kulu kilir tengah panas keje jauh2 demi sesuap nasi ada sorg tu jiran umah arwah mil sakit2 keje laki dah takde pastu accident meninggal tinggallah anak2 dia pepandai jaga diri nasib anak2 semua elok perangai. balik pad aaci security tu time nk byr dia kt sebelah aku amik seketui roti aku ulur kt duit raya mcm tak percaya dia ada ke org melayu bgi duit angpow? ada aku ckp.
Quote vanillaninja 18-5-2023 11:40 AM
Perlu ke gelaran janda tua tu? Apa pun I doakan anak2 yang dibawa selamat sampai.
Quote krustykrab 18-5-2023 11:45 AM
cikatilia replied at 18-5-2023 10:43 AM
janda tua.. gitu gelarannya

Kurang ajar kan wartawan cari lepasan darjah 6 ni. Tk de adab di ajar makpak mahupun sekolah.

Quote nirose 18-5-2023 11:49 AM
Janda dengan balu pun tak boleh beza ke? Camne blh jadi wartawan
Quote Suchi 18-5-2023 11:58 AM
Dia ni balu la tt tak patut sebut janda tua gitu, dah warga emas pun gagahkan diri bekerja mencari rezeki.
Takde la duk mengharap anak2 tanggung or minta bantuan.
Iols kagum ngn acik van ka acik gad sekolah ke.
Keje tgh panas, ulang alik berkali2 hantar bebudak sekolah. Dkt kul 8 baru ada kt umah, pastu lepas subuh dah gerak amik bebudak.
Tu blm kerenah mak pak yg liat nk bayar yuran bulanan.
Quote newyork 18-5-2023 12:17 PM
Tulis lah ibu tunggal ke apa..ayatt tu tulis elok sikit.
Quote matamata 18-5-2023 12:20 PM
Wartawan CARI ni mmg bodoh...sebab tu lah jadi kurang ajar
Quote matamata 18-5-2023 12:21 PM
Report pon tak makan Saman
Diaorg ni lah antara penyumbang kesenduan forum CARI ni ha
Quote dua_chzy 18-5-2023 12:22 PM
Puas hati akak baca kau orang hencap si Cari Mal male chauvinist yang suka letak tajuk begini da. gambar hiasan tak perlu dalam berita pasal mangsa rogol.
Quote lurve82 18-5-2023 12:25 PM
editor cari ni xpernah sekolah ke? bahasa teruk sgt...
Quote shida81 18-5-2023 12:29 PM
Kdg2 bas berdaftar ni lorat.. Nk kt melutut agaknya.. Yg x berdaftar ni Kdg2 lebih beertolak ansur cumanya ye la x berdaftar..
Quote jfq 18-5-2023 12:42 PM
Sbb tu layak jadi editor forum aje
Kelulusan journalism pun xda
Quote plywood 18-5-2023 12:46 PM
Tahniah girl!!.. .fight for your life... selagi boleh kerja selagi itulah cuba jangan jadi peminta sedekah

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top