View: 1640|Reply: 34
|
Terdesak Cari Duit, Ibu Tunggal Warga Emas Terpaksa Pandu Bas Sekolah Haram "Tak Bawa Laju, Tak Lebih Muatan, Asalkan Budak Selamat Sampai Rumah" ...
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Golongan ibu tunggal dalam kalangan warga emas terdesak dan tidak mempunyai pilihan, terpaksa menjadikan kerja sebagai pemandu bas sekolah haram atau sapu sebagai punca pendapatan mereka.
Kos sara hidup yang semakin tinggi dan tiada majikan menerima mereka kerana faktor usia membuatkan mereka menjadikan pekerjaan itu sebagai kelangsungan hidup walaupun mengetahui ia salah di sisi undang-undang.
Seorang pemandu bas sekolah haram yang mahu dikenali sebagai Bamasathi, 60, berkata, dia telah memandu kenderaan tersebut sejak 10 tahun lalu selepas kematian suaminya 14 tahun lalu.
Gambar Hiasan
Wanita itu memberitahu, dia membawa 13 pelajar dan murid dari dua sekolah untuk sesi pagi dan petang dengan bayaran sebanyak RM100 seorang.
“Kalau tidak kerja hendak makan apa. Kos sara hidup mana pernah turun, naik adalah.
“Saya menanggung bayaran sewa rumah RM1,000 sebulan, manakala anak tunggal saya baru mendapat kerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta dengan pendapatan sekitar RM2,000,” katanya kepada Kosmo!
Bamasathi memaklumkan, sebelum ini dia memiliki semua lesen dan dokumen diperlukan sebagai pemandu bas sekolah, namun gagal memperbaharuinya selepas melalui banyak birokrasi pihak bertanggungjawab.
“Lagipun usia sudah tua, siapa mahu ambil kerja. Saya juga pernah kena saman selepas aduan dibuat rakan yang memandu bas berdaftar.
“Jarak penghantaran harian dari rumah pelanggan ke sekolah tidak jauh sekitar 10 hingga 20 kilometer,” katanya.
Bagi rakannya yang dikenali Kemalavathi, 59, dia rela membanting tulang kudrat mencari rezeki daripada menghabiskan masa berehat di rumah selepas dua anaknya tinggal berasingan selepas berkahwin.
Katanya, beberapa tahun lalu, dia pernah memohon sebagai pemandu bas berdaftar, namun dikatakan tidak mematuhi syarat disebabkan usia kenderaan yang melebihi 20 tahun.
“Takkan saya mahu tunggu sampai syarat dipatuhi. Saya pun bukan orang kaya dan tiada wang hendak beli van baharu.
“Walaupun tidak berdaftar, namun saya bukan bawa laju-laju dan melebihi muatan, asalkan anak-anak selamat sampai ke rumah setiap hari,” ujarnya.
Seorang pekerja swasta, Ahmad Munir Ahmad Ali, 40, berkata, dia terpaksa menggunakan khidmat
kenderaan persendirian disebabkan ketiadaan atau bas sekolah terhad memasuki kawasan perumahan.
“Saya menggunakan khidmat mereka untuk kemudahan dua anak untuk ke sekolah harian dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA),” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
semoga anak2 kita selamat. plg utama pastikan kenderaan diselenggara dgn baik, anak2 naik dan turun dengan selamat ketika waktu puncak |
|
|
|
|
|
|
|
janda tua.. gitu gelarannya |
|
|
|
|
|
|
|
lupa dah sapa forumer yang suka buat tajuk macam sial tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Xtau la aku terlebih tisu ke apa.. Tp aku rasa tajuk ni biadap. Kalo org panggil mak kau mcm tu apa kau rasa agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
janda tua tu nenek kau tt
|
|
|
|
|
|
|
|
janda tua tu nenek kau tt
|
|
|
|
|
|
|
|
haritu jumpa jgak aci ni keje security guard dah acik2 la dlm mid 50's dlm 7e dia dok keliling cari roti bajet2 belanja. ramai je selain aci driver ni pastu yg naik motor kalut kulu kilir tengah panas keje jauh2 demi sesuap nasi ada sorg tu jiran umah arwah mil sakit2 keje laki dah takde pastu accident meninggal tinggallah anak2 dia pepandai jaga diri nasib anak2 semua elok perangai. balik pad aaci security tu time nk byr dia kt sebelah aku amik seketui roti aku ulur kt duit raya mcm tak percaya dia ada ke org melayu bgi duit angpow? ada aku ckp. |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke gelaran janda tua tu? Apa pun I doakan anak2 yang dibawa selamat sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
cikatilia replied at 18-5-2023 10:43 AM
janda tua.. gitu gelarannya
Kurang ajar kan wartawan cari lepasan darjah 6 ni. Tk de adab di ajar makpak mahupun sekolah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Janda dengan balu pun tak boleh beza ke? Camne blh jadi wartawan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni balu la tt tak patut sebut janda tua gitu, dah warga emas pun gagahkan diri bekerja mencari rezeki.
Takde la duk mengharap anak2 tanggung or minta bantuan.
Iols kagum ngn acik van ka acik gad sekolah ke.
Keje tgh panas, ulang alik berkali2 hantar bebudak sekolah. Dkt kul 8 baru ada kt umah, pastu lepas subuh dah gerak amik bebudak.
Tu blm kerenah mak pak yg liat nk bayar yuran bulanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tulis lah ibu tunggal ke apa..ayatt tu tulis elok sikit. |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan CARI ni mmg bodoh...sebab tu lah jadi kurang ajar |
|
|
|
|
|
|
|
Report pon tak makan Saman
Diaorg ni lah antara penyumbang kesenduan forum CARI ni ha |
|
|
|
|
|
|
|
Puas hati akak baca kau orang hencap si Cari Mal male chauvinist yang suka letak tajuk begini da. gambar hiasan tak perlu dalam berita pasal mangsa rogol. |
|
|
|
|
|
|
|
editor cari ni xpernah sekolah ke? bahasa teruk sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Kdg2 bas berdaftar ni lorat.. Nk kt melutut agaknya.. Yg x berdaftar ni Kdg2 lebih beertolak ansur cumanya ye la x berdaftar..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu layak jadi editor forum aje
Kelulusan journalism pun xda
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah girl!!.. .fight for your life... selagi boleh kerja selagi itulah cuba jangan jadi peminta sedekah |
|
|
|
|
|
|
| |
|