Berita penyanyi Toki, 56, meninggal dunia adalah tidak benar. Perkara itu disahkan oleh isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof menerusi satu kumpulan WhatsApp. Sharifah Fairuz yang lebih mesra dengan gelaran Mummy berkata, dia menerima banyak panggilan tanpa henti daripada sahabat-sahabat kelab peminat yang bertanyakan kesahihan berita ini.
"Di sini saya ingin menyatakan berita di atas tidak benar sama sekali. Tak tahu macam mana boleh dapat berita palsu sebegini kerana ada juga artis-artis lain dapat berita begini. "Memang Daddy Toki ada sakit tapi bukan sakit sampai boleh membawa kepada berita sebegini. Harap kita dapat menyampaikan berita dan maklumat yang penting sahaja yang betul. "Jadi kepada sahabat-sahabat, jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat. Cuma sekarang Daddy Toki sibuk dengan projek-projek akan datang dan dia sekarang berada di studio baru dengan Man Kidal sekeluarga," katanya yang turut meminta peminat mendoakan kejayaan suaminya.
Terdahulu petang tadi peminat digemparkan dengan berita penyanyi lagu popular Biasan ini meninggal dunia menerusi perkongsian beberapa individu di media sosial. Bagaimanapun tinjauan terbaru mendapati perkongsian ini sudah dipadamkan. -CARI Sumber: Harian Metro
|
Fazzbulous replied at 17-5-2023 11:30 PM
bukan ke dia ni tggl dlm hutan?
rosedemon replied at 18-5-2023 09:14 AM
salam takziah
Themilo replied at 18-5-2023 07:37 AM
hahahaha.. tinggal dalam hutan pun ada projek studio yachhh.. uols mampu?
ADVERTISEMENT